“Terima kasihlah mari hantar jauh jauh, menyusahkan ustaz,”
TANAH MERAH – Shaiful Safari Mat Yaakob menghubungi TeleBantuan YADIM pada 6 Julai lalu mengharapkan sedikit sumbangan untuknya. Ketika ini, dia tidak mampu bekerja akibat diserang gout. Menambah duka keluarganya, isterinya baharu sahaja selesai menjalani pembedahan injap jantung sekaligus memerlukan penjagaan dan perhatiannya. Sebaik mengetahui keadaan dihadapi lelaki ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan […]
Ziarah YDP YADIM ke atas pengasas Maahad Tahfiz As Solehah
ALOR SETAR – Dalam perjalanan ke Kangar untuk program pada 20 Mac, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan sempat meluangkan masa menziarahi mudir sebuah sekolah tahfiz di sini. Bersama Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, beliau menziarahi Al Fadhil Ustaz Mohamad@Fauzi Husin di kediamannya di Maahad As Solehah, […]
Bilal mangsa simbah petrol dan bakar meninggal dunia
ALOR SETAR – Seorang bilal masjid yang melecur akibat dibakar selepas disimbah petrol bulan lalu dilaporkan meninggal dunia hari ini setelah 22 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (Kebakaran), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Anak sulung bilal Masjid Al Hasanah, Taman Rakyat, Mergong, Amri Budin, 66, memaklumkan ayahnya tidak menunjukkan tindak balas kepada ibunya, Habsah Mustafa […]
Adik Ainul Mardhiah ke HKL sebaik tiba di tanah air
MELAKA – Bayi perempuan yang pernah tular menghidap ‘Germ Cell Tumour’, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, dijangka akan terus ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebaik tiba di tanah air, hari ini. Sumber memberitahu BH, Ainul Mardhiah, 10 bulan, bersama bapa, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dan ibunya, Nurul Erwani Zaidi dijadualkan berlepas dari London kira-kira jam 9.30 […]