Muar- YADIM bakal adakan kerjasama pelbagai bentuk
PUTRAJAYA – Hari ini (Jumaat 30 September), YADIM menerima kunjungan daripada Pejabat Daerah Muar. Jarang sekali sebuah pihak berkuasa tempatan mengunjungi YADIM, justeru kami sangat teruja menerima kehadiran mereka. Pegawai Daerah Muar, Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal Haji Shamsudin yang mengetuai delegasi berkenaan menerangkan latar belakang daerah berkenaan dan kesungguhannya untuk bekerjasama dengan YADIM […]
YADIM Kedah bina jatidiri remaja dalam program Rehlah Insani.
SIK – Golongan remaja dan anak muda adalah generasi yang sangat penting kepada negara, merekalah yang akan mewarisi negara ini suatu hari nanti. Memahami dan menyedari akan kepentingan melahirkan anak muda dan remaja yang cemerlang, maka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam Padang Terap dan Pertubuhan Masyarakat Prihatin Padang Terap […]
Bengkel Pembangunan Du’at YADIM Kedah
GURUN – Melahirkan pendakwah berkualiti merupakan antara fokus utama YADIM ketika ini. Bagi merealisasikan hasrat ini, YADIM Negeri Kedah telah mengambil inisiatif mengadakan Bengkel Pembangunan Du’at di sini pada 18 dan 19 Februari. Seramai 30 peserta terdiri daripada pendakwah muda telah menyertai program 2 hari 1 malam ini. Majlis perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Yang […]
YADIM dalam Bengkel Pelan Strategik Pembangunan Insan Kedah.
ALOR SETAR – Dalam usaha melestarikan gerakan dakwah di negeri ini, YADIM Kedah telah mengadakan kerjasama strategik dengan kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan insan berjalan seiring pembangunan fizikal. Terbaharu pada 7 Februari, badan dakwah ini telah bersama-sama menjayakan Bengkel Pelan Strategik Pembangunan Insan Negeri Kedah. Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria telah dilantik sebagai […]
Pemulihan industri halal agenda penting PPN – Perdana Menteri
KUALA LUMPUR – Malaysia komited memulihkan semula industri halal negara yang terkesan akibat pandemik COVID-19, dengan turut menjadikannya agenda penting dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana industri halal adalah pemangkin kepada ketahanan ekonomi pasca COVID-19, bukan saja kepada Malaysia tetapi juga negara Muslim secara keseluruhan. Malah, […]
TH rangka pelan tindakan untuk tambah baik operasi haji
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) sedang merangka pelan tindakan (blueprint) untuk tempoh lima tahun dari 2020 hingga 2024 bagi menambah baik mutu perkhidmatan dan operasi haji yang dikendalikan institusi itu. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata, pelan tindakan yang julung kali diperkenalkan itu dijangka siap pada […]
Diskusi Pelan Pembangunan Dakwah Negara
PUTRAJAYA – Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 25 Julai telah mengadakan sesi perbincangan bersama sekumpulan tokoh akademik dan aktivis dakwah bagi membina kerangka Pelan Pembangunan Dakwah Negara. Pelan ini merupakan satu usaha YADIM agar kerja-kerja dakwah tidak lagi menjadi retorik, sebaliknya, penumpuan harus diberikan kepada pelaksanaan bersungguh-sungguh terutama dalam menangani […]
Duterte sokong guna dana Marawi hantar penduduk tunai Haji
MANILA – Presiden Rodrigo Duterte mempertahankan tindakan menggunakan dana pemulihan semula Marawi untuk membiayai penduduk yang kehilangan tempat tinggal di bandar raya itu mengerjakan ibadat Haji. Merujuk kepada kepentingan menunaikan Haji bagi penduduk Islam, Duterte menyatakan sokongan kepada idea itu yang digambarkan beliau sebagai ‘pelaburan dalam keamanan’. Juruaudit kerajaan mengenal pasti Majlis Penyelaras Pembangunan Bandar […]
MED tumpu bangun sumber bahan utama halal
KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) kini menumpukan usaha membangunkan sumber bahan utama dalam penghasilan produk halal bagi merangsang perkembangan industri halal di Malaysia. Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusuf berkata, inisiatif tersebut juga mampu mempelbagaikan penghasilan produk halal terutamanya dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bumiputera. “Antara inisiatif diusahakan kementerian ini adalah […]