Pemaju diarah selesai isu lampu bentuk salib di kondo P Pinang, kata exco
GEORGE TOWN – Pemaju sebuah kondominium di Jelutong yang mencetuskan kontroversi awal tahun ini berhubung lampu berbentuk salib diarah menyelesaikan isu itu bagi mengelakkan sensitiviti agama, kata seorang exco di sidang Dewan Undangan Negeri hari ini (30 April). Gambar Grace Residence setinggi 44 tingkat berhampiran Jalan Ahmad Nor, menunjukkan lampu berbentuk salib tersebar Januari lalu. […]