Kerjasama pintar LYSB, An Najwa Travel
LEMBARAN YADIM Sdn Bhd (LYSB) kini berhasrat meluaskan bidang perniagaanya dalam industri pelancongan sebagai salah satu langkah kekal berdaya saing dalam persekitaran yang semakin mencabar. Menerusi kerjasama dengan syarikat An Najwa Travel, keduanya berhasrat mengadakan program Kembara Dakwah Madani yang mensasarkan pelbagai pihak seperti pendakwah, kakitangan kerajaan, swasta atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai […]
Malaysia bakal jadi transit pelancong Muslim dari Asean
Hulu Langat: Malaysia bakal menjadi transit bagi pelancong Muslim dari China, Korea, Jepun dan negara Asean lain menerusi program Kembara Madani. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, sebagai permulaan kumpulan pertama program itu akan disertai 80 pelancong yang akan menginap di Institut Latihan Dakwah (Indah) Yayasan Dakwah […]
Sekolah pondok akan dijadikan produk pelancongan baharu
GEORGE TOWN – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedang merangka pelbagai inisiatif dan strategi untuk menjadikan sekolah-sekolah pondok sebagai sebuah produk pelancongan baharu negara. Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata sekolah pondok yang terpilih akan dijadikan produk pelancongan pendidikan selain mengiktiraf premis penginapan pelancongan mesra Muslim bagi memperkasakan industri pelancongan Islam. “Kementerian dengan kerjasama Pusat Pelancongan […]
Arab Saudi buka pintu kepada pelancong asing
RIYADH – Arab Saudi akan menawarkan visa pelancong asing buat kali pertama bagi 49 buah negara. Ia merupakan salah satu usaha untuk mempelbagaikan ekonominya, selain daripada sumber minyak yang memacu ekonominya selama ini. Malah, Arab Saudi turut meminta syarikat-syarikat asing untuk melabur dalam sektor pelancong untuk menyumbang 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) […]
Malaysia perkenal akreditasi iktiraf penginapan patuh Syariah
PUTRAJAYA – Malaysia memperkenalkan inisiatif ‘Pengiktirafan Premis Penginapan Pelancongan Mesra Muslim’, satu bentuk akreditasi bagi mengiktiraf penginapan yang mematuhi syariah bagi pelancong. Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata akreditasi yang dilaksanakan oleh Pusat Pelancongan Islam (ITC) adalah pertama seumpamanya di dunia yang diusahakan oleh agensi kerajaan. “Pelaksanaan ‘Pengiktirafan Premis Penginapan Pelancongan Mesra […]
Malaysia, Indonesia kongsi tempat teratas destinasi pelancongan mesra Islam
KUALA LUMPUR – Malaysia kekal menduduki tempat pertama indeks pelancongan Islam global oleh MasterCard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) untuk tahun kesembilan berturut-turut, tetapi buat julung kalinya berkongsi kedudukan itu dengan Indonesia. Laporan GMTI 2019 itu, yang menyenaraikan 130 destinasi di peringkat global, memberikan markah 78 kepada kedua-dua negara. Dalam kenyataan bersama, MasterCard dan CrescentRating […]
Industri pelancongan halal berpotensi tinggi
KUALA LUMPUR – Syarikat pembayaran dan teknologi global, Mastercard berpandangan bahawa perbelanjaan besar oleh pelancong Islam di seluruh dunia merupakan isyarat kepada potensi besar dalam industri pelancongan halal. Naib Presiden Pembangunan Pasaran Mastercard, K. Devesh berkata, kepentingan segmen berkenaan tidak boleh dipertikaikan. Menurut beliau, perkembangan pesat teknologi dalam talian dan kaedah pembayaran serta peningkatan pengguna […]
Arab Saudi boleh tangkap rakyat Malaysia buat umrah DIY
KUALA LUMPUR: Kerajaan menggesa rakyat Malaysia supaya tidak mengatur sendiri urusan mengerjakan umrah, sebaliknya perlu melalui agensi pelancongan berdaftar. Ketua Setiausaha Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Rashidi Hasbullah, berkata demikian ketika memberi penjelasan berhubung isu membabitkan E-Umrah. “Saya mahu jelaskan bahawa rakyat Malaysia yang mahu mengerjakan umrah perlu mendapatkan visa daripada agensi pelancongan berdaftar dengan […]