Rang Undang-Undang Waqaf dibentang di Parlimen Oktober depan
BANGI – Rang Undang-Undang bagi menambah baik pengurusan waqaf akan dibentangkan di Parlimen hujung tahun ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh berkata, draf bagi Rang Undang-Undang itu juga sudah siap dan hanya menunggu masa untuk di bentang di Dewan Rakyat Oktober depan. Menurut beliau, isi kandungan Rang Undang-Undang itu antaranya ialah […]
Mujahid tepis dakwaan Syiah disebar di Parlimen
KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menepis dakwaan kunjungan delegasi Iran ke bangunan Parlimen bertujuan menyebarkan fahaman Syiah. Tegas beliau, kunjungan delegasi Iran ke Bangunan Parlimen tidak menggambarkan Malaysia juga menerima ajaran Syiah. “Saya fikir kalau ada pengikut fahaman Syiah masuk Parlimen nak lawat apa masalah? Duta Iran […]
RUU wakaf akan dibentang di Parlimen akhir tahun ini
KUALA LUMPUR – Rang undang-undang untuk mewujudkan akta wakaf dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini bagi bertujuan menguruskan dana sumbangan itu secara lebih baik. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata draf rang undang-undang itu telah siap dan kini sedang diteliti oleh pelbagai kementerian termasuk Kementerian Kewangan (MoF). “Kita perlu berbincang […]
Kesalahan hina agama masuk Kanun Keseksaan
KUALA LUMPUR – Kesalahan menyuntik kebencian dan penghinaan terhadap mana-mana agama akan dimasukkan dalam Kanun Keseksaan (Akta 574). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata pindaan terhadap Akta 574 itu secara dasarnya mendapat persetujuan dan akan dibentangkan ke Kabinet, sebelum usul pindaannya dibawa pada sidang Dewan Rakyat, bulan depan. Katanya, pindaan […]
Rang undang-undang profesion guaman syarie digubal
PUTRAJAYA – Kabinet bersetuju untuk menggubal Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) yang bertujuan mengawal selia profesion guaman syarie di Wilayah Persekutuan. Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa. “Alhamdulillah, dengan menyambung usaha untuk menggubal rang undang-undang berkenaan yang telah dibuat sejak 1995, akhirnya ia akan […]
Hina nabi: Akta khusus akan dibentang di Parlimen
HULU LANGAT – Kerajaan akan membentangkan satu akta khusus berkaitan perkara yang melibatkan sensitiviti agama dalam sesi perbahasan Parlimen akan datang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, akta khusus itu merupakan pindaan kepada Kanun Keseksaan bagi membendung masalah yang ditimbulkan oleh individu tertentu sehingga menimbulkan kebencian kepada agama. “Akta khusus […]
Syor perluas kawasan larangan merokok di IPT
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan bercadang memperluaskan kawasan larangan merokok di institusi pengajian tinggi yang dijangka dikuatkuasakan tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata larangan itu susulan penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan dan dalam bangunan di kawasan Parlimen. “Kami (Kementerian Kesihatan) sudah melakukannya di Parlimen dan restoran, dan sekarang mungkin akan […]