Malaysia sifatkan Pelan Damai Palestin-Israel tidak adil

KUALA LUMPUR – Malaysia sama sekali tidak menerima perjanjian damai antara Israel dan Palestin yang dikenali sebagai “Deal of Century” yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Selasa lalu kerana jelas tidak adil. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menyifatkan perjanjian itu sebagai berat sebelah dan rakyat Palestin mempunyai hak untuk menolaknya. “Palestin, adalah pihak […]

Russia iktiraf doktor Palestin Pakar Jantung terbaik 2019

MOSCOW – Biarpun pernah hidup sebagai pelarian, seorang rakyat Palestin kini menerima penghormatan sebagai Pakar Jantung terbaik bagi tahun 2019. Dr Imad Meri, dianugerahkan sebagai doktor Kardiologi dan Resusitasi terbaik daripada Kementerian Kesihatan Russia, lapor Pusat Maklumat Palestin (PIC). Pengiktirafan yang diberikan kepada Dr Imad adalah hasil daripada beberapa kejayaan yang diperoleh sepanjang kariernya itu. […]

Penempatan Israel di wilayah Palestin tetap tidak sah – EU

ANKARA – Kesatuan Eropah (EU) mengulangi pendiriannya bahawa penempatan Israel di wilayah Palestin yang diduduki adalah tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan kesatuan itu. “Pendirian Kesatuan Eropah berhubung dasar penempatan Israel di wilayah Palestin yang diduduki adalah jelas dan kekal tidak berubah; semua aktiviti penempatan adalah tidak sah […]

Fatah puji keputusan Malaysia buka kedutaan Palestin di Jordan

KUALA LUMPUR – Pergerakan Fatah memuji keputusan Malaysia untuk membuka sebuah kedutaan untuk Palestin di Jordan sebagai tanda sokongan dan solidariti yang berterusan kepada perjuangan rakyat di negara itu. Setiausaha Agung Fatah, Jibril Rajoub berkata, ia adalah langkah ke arah Malaysia membuka kedutaannya di negara Palestin yang merdeka pada masa akan datang. “Kami juga berharap […]

Liga Arab kutuk serangan ganas Zionis di masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS – Liga Arab mengutuk serangan ganas rejim Israel di perkarangan kawasan masjid Al-Aqsa Kota Lama, timur Baitulmaqdis ketika umat Islam Palestin menunaikan solat sunat Aidiladha. Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit berkata, serangan rejim Israel itu menunjukkan ‘dasar sistematik Israel yang bertujuan membiasakan kehadiran Yahudi di Al Haram Al Sharif dan mengurangkan kehadiran […]

Penubuhan ‘Malaysia Hall Gaza’ disambut baik Kedutaan Palestin

KUALA LUMPUR – Kedutaan Palestin di sini menyambut baik penubuhan ‘Malaysian Hall Gaza’, sebuah pusat sehenti yang menyediakan maklumat mengenai Malaysia di samping menjadi pusat untuk aktiviti kemanusiaan di kawasan berkenaan. Berbeza dengan ‘Malaysia Hall’ yang lain di seluruh dunia, pusat sehenti yang terletak di daerah Tal Al-Hawa di bandar Gaza itu, hasil kerjasama lebih […]

Kezaliman Israel perlu ditentang secara konsisten

PUTRAJAYA – Kezaliman Israel terhadap penduduk Palestin, khususnya di Gaza harus ditentang secara konsisten oleh masyarakat antarabangsa bagi memberikan tekanan berterusan terhadap rejim zionis itu agar menghentikan kekejaman mereka. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby, berkata tentangan perlu dilakukan secara berterusan kerana ia mencerminkan betapa negara […]

Malaysia sertai perbincangan OIC dalam isu pencerobohan Israel

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Marzuki Yahya akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Luar Biasa ‘Open-Ended Executive Committee’ Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di peringkat Menteri-Menteri Luar Negeri bagi membincangkan isu pencerobohan Israel di Al-Quds Al-Sharif (Baitul Maqdis). Kementerian Luar dalam kenyataan berkata mesyuarat tersebut bakal berlangsung di Jeddah, Arab Saudi hari ini […]

Kerajaan, NGO bekerjasama tambah baik bentuk bantuan kemanusiaan ke Gaza

SEPANG – Kerajaan mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan penambahbaikan bentuk bantuan yang boleh disalurkan negara ini kepada mangsa kekejaman rejim Zionis di Gaza, Palestin. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata melalui pendekatan itu, sumbangan pelbagai pihak dapat dioptimumkan, sekali gus dapat memberi bantuan secara menyeluruh kepada umat Islam di sana. Beliau menjelaskan pihaknya sudah mula mengadakan […]

Raja Salman alu-alukan 1,000 jemaah haji Palestin

RIYADH – Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud mengalu-alukan kehadiran 1,000 penduduk Palestin yang merupakan waris kepada warga yang mati syahid untuk mengerjakan ibadah haji. Saudi Gazzete melaporkan, kesemua jemaah berkenaan akan menerima layanan istimewa kerajaan Arab Saudi di bawah program khas yang akan dilaksana dan diselenggara oleh Kementerian Hal Ehwal Islam negara tersebut. […]