Ebit Lew masih belum dapat masuk Gaza
KUALA LUMPUR – Rombongan pendakwah Ustaz Ebit Lew yang membawa bantuan untuk penduduk Palestin dilaporkan masih belum dapat masuk ke Semenanjung Gaza. Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM) Nadir Al Nuri Kamarulzaman berkata, bantuan daripada rombongan itu juga belum dapat dibawa masuk ke kawasan itu. Bagaimanapun, Nadir yang dihubungi hari ini tidak mengulas lanjut […]
Doakan ya, Alhamdulillah semua dalam keadaan baik’ – Ebit Lew
PUTRAJAYA – Selepas lebih dua minggu menyepi tanpa khabar berita sehingga dikatakan hilang dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin, Ebit Lew memuat naik status perkembangannya menerusi akaun media sosial miliknya. “Doakan ya. Alhamdulillah semua dalam keadaan baik. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulisnya di laman Facebook dan Instagram beliau hari ini. Spekulasi kehilangan pendakwah terkenal itu […]
“Tiada siapa boleh pertikai solidariti rakyat Malaysia untuk Palestin”
KUALA LUMPUR – “Untuk anda datang ketika negara ini dan Palestin berada dalam kesukaran, dari dasar hati kami, saya ucapkan berbanyak terima kasih. “Apabila saya lihat bendera Palestin di Menara Berkembar Petronas, Tabung Haji, kenderaan dan seluruh negara ini, saya sangat tersentuh, dengan semua yang anda lakukan, tiada siapa boleh pertikai solidariti rakyat Malaysia untuk […]
Israel tahan pemimpin Hamas di Tebing Barat
BAITULMAQDIS – Tentera Israel semalam mengesahkan pihaknya menahan pemimpin Hamas yang didakwa bertanggungjawab menubuhkan pangkalan gerakan Palestin di Tebing Barat. Anggota pasukan khas menahan Sheikh Jamal al-Tawil di Ramallah lewat Selasa lalu, menurut tentera. Tentera mendakwa Jamal al-Tawil memainkan peranan aktif dalam menganjurkan penentangan terhadap Israel dan menubuhkan semula ibu pejabat Hamas di Ramallah. Jurucakap […]
JAKIM adakan kerjasama dengan NGO bantu rakyat Palestin – Zulkifli
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan kerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dalam membuat kutipan derma bagi membantu rakyat Palestin yang dizalimi regim Israel. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beberapa mesyuarat dengan pihak-pihak terbabit telahpun dibuat ketika ini dalam usaha menjayakan […]
Hamas tidak sentuh sesen dana bina semula Gaza
GAZA – Hamas berikrar tidak akan menyentuh sesen pun dana disalurkan menerusi bantuan antarabangsa bagi membina semula Gaza yang musnah akibat serangan Israel. Ketua sayap politik kumpulan itu, Yahya Sinwar, memberi jaminan bantuan terbabit disalurkan secara telus serta tidak berpihak susulan konflik 11 hari yang berakhir dengan gencatan senjata 21 Mei lalu. “Kami mengalu-alukan mana-mana […]
Misi kemanusiaan Ebit Lew ke Palestin dapat kelulusan
KUALA LUMPUR – Misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang dirancang oleh delegasi pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew, mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa. Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar, dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pendakwah itu bagi memaklumkan misi kemanusiaan yang dijadual bermula hari ini hingga 30 […]
Facebook mohon maaf sekat kandungan pro Palestin
LONDON – Pegawai Eksekutif Kanan Facebook membuat permohonan maaf kepada Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh menerusi mesyuarat dalam talian berhubung aduan yang dibuat terhadap syarikat itu yang menyekat sebarang kandungan pro Palestin. Ketua Misi Palestin ke United Kingdom, Husam Zomlot berkata, Facebook sudah mengakui terdapat isu yang timbul dengan algoritmanya dan pihaknya berjanji untuk menangani […]
Israel dan Hamas umum gencatan senjata
GAZA – Rejim haram Israel dan pejuang Hamas, mengumumkan gencatan senjata pada Jumaat selepas pertempuran selama 11 hari yang menyaksikan serangan berterusan di Semenanjung Gaza. Ia bermula jam 2 pagi waktu tempatan. Hanya tembakan sempena sambutan langkah itu dapat didengari di Gaza, menurut wartawan AFP. Usaha itu selepas inisiatif yang ditaja Mesir dan turut membabitkan […]
Malaysia teruskan agenda Palestin diiktiraf sebagai negara
KUALA LUMPUR – Malaysia akan meneruskan agenda memastikan Palestin diiktiraf secara rasmi sebagai sebuah negara melalui pelbagai kaedah diplomasi pada peringkat antarabangsa, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar. Beliau berkata, usaha ke arah itu perlu dipergiatkan memandangkan ketika ini sudah timbul gerakan kesedaran di seluruh dunia yang menganggap serangan Israel ke atas Palestin sebagai […]