Istiqamah, konsisten beri sokongan kepada Palestin
SHAH ALAM – Terdapat tanda-tanda positif di mana gelombang kesedaran perjuangan di Palestin mendapat sambutan luar biasa di seluruh dunia dan tidak ketinggalan dalam kalangan rakyat Malaysia. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, gelombang yang berlaku di seluruh dunia ini turut menarik perhatian orang bukan Islam. “Sering kita mendengar […]
Bertegas isu Palestin, Malaysia terima tiga notis dari Kedutaan AS
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan negara pernah menerima ‘demarche’ (tatatindak) sebanyak tiga kali daripada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) sebagai salah satu tekanan susulan pendirian tegas Malaysia dalam menentang kezaliman zionis Israel. Menurut beliau, tatatindak yang diterima itu berikutan keengganan negara dalam membantah tindakan Hamas dan menganggapnya sebagai badan pengganas. “Demarche […]
Insiden kapal Mavi Marmara pemangkin terus perjuangkan hak Palestin
KUALA LUMPUR – Insiden suami menjadi tawanan tentera Israel dalam tragedi kapal Mavi Marmara pada 31 Mei 2010 menjadi pemangkin untuk terus memperjuangkan hak rakyat Palestin. Datin Sharifah Mahiza Syed Abd Kadir berkata, peristiwa tersebut memberikan impak besar kepada beliau apabila dapat merasai penderitaan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel. Menurut Sharifah Mahiza, suaminya, […]
Anwar bincang konflik Palestin dengan Liga Muslim Sedunia
RIYADH: Konflik Palestin-Israel antara yang dibincangkan Malaysia dengan Liga Muslim Sedunia di sini, malam tadi. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan perkara itu dengan Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia Sheikh Dr Muhammad Abdulkarim Al-Issa semasa mengunjungi pejabat liga berkenaan di sini. Anwar diiringi Menteri Luar Datuk Seri Dr Zamry Abdul Kadir. Perbincangan tertutup mereka antaranya […]
Palestin minta bantuan Malaysia dan beberapa negara halang cadangan bahagikan Masjid Al-Aqsa
RAMALLAH: Draf rang undang-undang yang sedang dibincangkan di Israel untuk membahagikan Masjid Al-Aqsa antara orang Islam dan Yahudi menimbulkan kebimbangan Palestin. Negara yang ditindas Israel itu juga bercadang untuk meminta sokongan dari Malaysia, Turkiye, Indonesia dan Mesir bagi menghalang undang-undang itu dilaksanakan. Rang undang-undang yang berpotensi meningkatkan ketegangan itu dicadangkan oleh ahli Parlimen dari Parti […]
Solidariti Palestin: solat hajat selepas Jumaat di masjid, surau di Selangor
SHAH ALAM: Seluruh masjid dan surau di Selangor akan melaksanakan solat hajat selepas solat Jumaat minggu ini bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin susulan serangan polis Israel terhadap jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa semalam. Dalam kenyataan semalam, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia sebagai tanda solidariti kepada semua mangsa dalam serangan […]
Serangan Masjid Al-Aqsa: UNSC perlu pastikan regim Israel bertanggungjawab, desak pembebasan tahanan Palestin – Anwar
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa komuniti antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) memastikan rejim Israel bertanggungjawab terhadap serbuan terhadap rakyat Palestin di kompleks Masjid Al-Aqsa, Rabu lepas, menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin cedera. Menyifatkan serangan itu sebagai jenayah keji, Perdana Menteri juga mendesak mereka membebaskan segera semua tahanan Palestin yang ditahan […]
Alami masalah penglihatan serius tidak halang warga Palestin peroleh PhD
SEREMBAN – Menghadapi masalah penglihatan serius tidak menghalang seorang graduan antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk menggenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada Majlis Konvokesyen Ke-20 universiti tersebut. Mohammed Adnan Rajab Alattar, 43, dari Palestin berkata, sepanjang tempoh menyiapkan penulisan tesis bagi Pengajian Bahasa Arab itu, dia juga sering dibantu oleh sahabat karibnya selain penyelianya. […]
Arab Saudi puji langkah Australia teguh bersama Palestin
RIYADH – Arab Saudi menyambut baik keputusan Australia untuk menarik balik pengiktirafan Baitulmaqdis Barat sebagai ibu negara pengganas Israel. Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Arab Saudi mengulangi sokongan tidak berbelah bahagi kerajaan terhadap rakyat Palestin. Arab Saudi menggesa supaya menyatukan usaha antarabangsa untuk mencari penyelesaian yang adil bagi isu Palestin, dengan cara memenuhi aspirasi rakyatnya […]
6 petani Palestin diserang secara ganas penceroboh Israel
RAMALLAH – Enam orang awam Palestin cedera termasuk seorang parah ditembak dalam serangan penceroboh haram Israel di kampung Sinjil, Tebing Barat yang diduduki. Menurut agensi berita WAFA, sekumpulan 20 penceroboh haram Israel bertopeng, bersenjatakan senapang dan dibantu tentera Zionis melepaskan tembakan ke arah petani Palestin, selain menyerang mereka ketika menanam pokok zaitun di tanah sendiri berhampiran […]