Zahid Quraishi bakal Muslim pertama dilantik Hakim Persekutuan AS
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden telah mencalonkan Zahid Quraishi sebagai Hakim Persekutuan Mahkamah di negara itu. Jika dipersetujui Senat, beliau akan memegang jawatan tersebut di New Jersey. Portal tempatan The National News melaporkan, Biden telah mengemukakan 11 orang calon hakim termasuk masing-masing tiga wanita kulit hitam dan wanita Asia-Amerika yang bakal berkhidmat […]
Pakistan janji tak akan iktiraf Israel selagi konflik Palestin belum selesai
ISLAMABAD – Pakistan memberi jaminan tidak akan mengiktiraf negara haram Israel selagi konflik Israel-Palestin tidak diselesaikan. “Saya secara tegas menyampaikan pendirian Pakistan terhadap Israel. Kami tidak tidak dapat menjalin hubungan dengan Israel sehingga penyelesaian terhadap masalah Palestin ditemui,” kata Menteri Luar Negeri Pakistan, Shah Mahmood Qureshi. Menjawab pertanyaan mengenai laporan bahawa terdapat tekanan untuk mengiktiraf […]
Imran Khan kagum toleransi, keharmonian sesama agama di Malaysia
PETALING JAYA – Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan menyatakan rasa kagum dengan transformasi pembaharuan yang membabitkan rakyat berbilang kaun dan agama di Malaysia. Kata Imran, transformasi yang dibawa Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengubah takdir dan gaya hidup rakyat di negara yang hidup dalam suasana aman dan harmoni serta bertolak ansur. “Mahathir adalah contoh pemimpin […]
Tubuh sekretariat permudah rangkaian TV perjelas Islam
KUALA LUMPUR – Cadangan menubuhkan rangkaian televisyen berbahasa Inggeris antara Malaysia, Turki dan Pakistan mendapat reaksi positif pelbagai pihak kerana ia dilihat mampu menjernihkan pandangan masyarakat dunia akan isu berkaitan Islam dan menangkis kaitan agama berkenaan dengan keganasan. Mufti Wilayah Persektuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad berkata proses pelaksanaan inisiatif itu dapat dipermudahkan dengan mewujudkan […]
Malaysia, Turki, Pakistan terajui usaha perjelas Islam
NEW YORK – Malaysia, Turki dan Pakistan bersetuju supaya langkah tertentu diambil untuk menjelaskan apa Islam sebenarnya kepada dunia luar dalam usaha menangkis kaitannya dengan keganasan. Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata ini lahir daripada perbincangan yang berlangsung antara beliau bersama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan di luar […]
Dr M gesa Islam kaji diri kenapa Islamofobia berleluasa
PETALING JAYA – Dr Mahathir Mohamad menggesa umat Islam tidak hanya melihat sikap pengkritik, tetapi perlu mengkaji jika diri mereka menyumbang kepada persepsi Islamofobia masih berleluasa. “Adakah kita berbuat sesuatu untuk mendapat nama itu? “Jika kita mahu menjadikan Islam kurang dibenci, kita perlu cari apa salah yang kita sudah lakukan, walaupun kita ingin katakan kita […]
Negara Islam terlalu bergantung kepada negara maju, kata Mahathir
ISLAMABAD – Negara Islam terlalu bergantung kepada negara maju (di barat) menyebabkan mereka tidak berani membantah sebarang tindakan tidak betul oleh negara barat, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata kerana itu, mereka terpaksa akur dengan apa juga yang dilakukan oleh negara barat ” Negara Islam terlalu bergantung kepada negara maju untuk segala-galanya. Kebolehan […]
Negara Islam perlu usaha setanding negara maju
ISLAMABAD – Malaysia dan negara Islam yang lain perlu berusaha agar setanding dengan negara maju, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berkata, Malaysia berpendapat terdapat ruang untuk memperluaskan kerjasama dengan atau antara negara Islam lain. “Hari ini tidak ada satupun negara Islam yang dianggap sebagai negara maju. Sebenarnya Malaysia mempunyai perancangan menjadi negara […]
Suruhanjaya Tinggi di New Delhi siap siaga pindah rakyat Malaysia jika perlu
NEW DELHI – Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi bersiap siaga untuk memindahkan rakyat Malaysia jika keadaan memerlukan, susulan ketegangan yang semakin memuncak antara India dan Pakistan. Misi Diplomatik Malaysia menasihati rakyat Malaysia agar mengelak melakukan perjalanan tidak perlu ke negeri Jammu dan Kashmir kerana jet pejuang tentera India dan Pakistan terlibat dalam pertempuran pada […]
Etnik Rohingya
Munculnya isu etnik Rohingya yang mencari perlindungan di negara ini pada awalnya disambut dengan rasa simpati oleh rakyat Malaysia. Namun, setelah jumlahnya dikatakan mencecah ribuan orang, ia mula mendatangkan kegusaran penduduk tempatan khususnya di kawasan-kawasan yang menjadi lokasi pendaratan mereka di sekitar Selat Melaka. Di laman sosial, gambar-gambar pelarian Rohingya yang bersesak-sesak di dalam sebuah […]