Yadim-YaPEIM sumbang bakul makanan kepada 300 orang asli
KEMAMAN – Seramai 300 ketua isi rumah orang asli di Terengganu akan menerima bantuan bakul makanan sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Terengganu. Pengarah Yadim Terengganu, Nasrul Hadi Saidin berkata, sebanyak RM25,000 diperuntukkan bagi menyediakan bakul makanan itu sebagai usaha membantu meringankan beban keluarga orang asli […]
Musa’adah 3.0 YADIM di KOA Sungai Pergam
KEMAMAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Terengganu telah menyalurkan 156 pek makanan kepada penduduk masyarakat orang asli di Kampung Sungai Pergam di sini pada 24 Jun. Program dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih ini, adalah tanda prihatin YADIM dan YaPEIM terhadap kesulitan […]
Sumbangan Iftar Orang Asli Pos Tuel
GUA MUSANG – Sempena program Ihya Ramadhan Sebulan YADIM (IRSYAD 360), YADIM Kelantan pada 4 Mei telah menyantuni masyarakat Orang Asli di Kampung Ber, Pos Tuel di sini. Program ini diadakan dengan kerjasama Daei Orang Asli YADIM Ustaz Sugie Angah. Seramai 250 penduduk dari 45 keluarga menerima juadah iftar yang disediakan secara gotong royong oleh […]
YADIM Peduli Masyarakat Orang Asli Kensui
BALING – Sempena program Sinar Kasih Kita dan majlis penutup Pembangunan Jati Diri Orang Asli di sini, telah diadakan program Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Peduli pada 3 April. Bertempat di dewan Kampung Lubuk Legong, seramai 85 keluarga Orang Asli dari suku Kensui disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian. Perasmian disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan […]
Musa’adah Dai’e Orang Asli Ketereh
KETEREH – ‘Hasil bersama orang Asli kami dapati, mereka sangat berterima kasih apabila kita beri sumbangan barang’. ‘Tapi mereka jauh lebih gembira bila kita hargai mereka. Program seumpama YADIM buat inilah yang kita maksudkan,’ kata Ahli Jawatankuasa Pusat Latihan dan Dakwah Orang Asli di Kok Lanas di sini, Haji Abdul Khalid Ahmad. Haji Abdul Khalid […]
Sumbangan untuk Orang Asli Batu 14 Gambang
GAMBANG – Seramai 67 keluarga di Kampung Orang Asli Batu 14 di sini disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 14 Mac. Meskipun hanya 15 keluarga daripada jumlah keseluruhan yang disantuni sudah memeluk Islam, namun program ini tetap dijalankan sesuai dengan hasrat gerak kerja badan dakwah ini yang menyantuni semua. Mereka menerima sumbangan kit […]
YADIM Melaka santuni Orang Asli Bukit Sebang
ALOR GAJAH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka terus menyantuni pelbagai golongan di negeri ini tanpa mengambil kira latar belakang mereka. Bertempat di Kampung Orang Asli Bukit Sebang di sini pada 13 Mac, telah diadakan program YADIM Peduli & YADIM Lestari: Musaadah YADIM Melaka 2021. Meskipun hanya 7 daripada 20 keluarga yang disantuni adalah […]
Telekung Solat Untuk Penduduk Kampung Orang Asli Sungai Sayap
HULU BESUT – Seramai 10 keluarga Orang Asli di Kampung Sungai Sayap di sini, menerima sumbangan telekung dan barangan keperluan harian menerusi program Musaádah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu. Program yang dilaksana bagi meningkatkan kesedaran dan penghayatan menunaikan solat dikalangan warga Orang Asli ini mendapat kerjasama Intsitut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) Hulu […]
Sumbangan untuk mualaf Orang Asli Pulau Carey
KUALA LANGAT – Saudara baharu dari kalangan Orang Asli di sini tidak pernah dilupakan perihal kebajikan mereka. Pada 16 Februari, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat diketuai Pengerusinya, Hasmawi Mahidin telah menyantuni mereka menerusi pemberian barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai. Sebanyak lima keluarga menerima sumbangan ini bagi meringankan beban mereka yang […]
Sumbangan Telekung Dan Pakaian Kepada Orang Asli Kampung Sungai Mas
SUNGAI LEMBING – Sebagai usaha mengeratkan lagi hubungan sedia terjalin dengan Orang Asli Kampung Sungai Mas, Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Pahang pada 8 Februari menyampaikan sumbangan telekung dan pakaian terpakai yang masih elok kepada penduduknya. Sumbangan tersebut diserahkan kepada wakil penduduk yang dikenali sebagai Pak Abu, yang banyak membantu program-program YADIM di sana sebelum ini. […]