Tiada program sambutan Nuzul Al-Quran peringkat negeri

SEREMBAN -Tiada sebarang program sambutan yang dirancang di peringkat negeri sempena Nuzul al-Quran, Ahad ini. Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, ketika dihubungi Bernama, berkata ia bagi mematuhi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBP) yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19. Bagaimanapun, beliau berkata, umat Islam masih boleh menghayati peristiwa Nuzul al-Quran melalui […]

Tiada solat jemaah, Jumaat di masjid selama 10 hari – Mufti NS

SEREMBAN – Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan membuat ketetapan bahawa solat berjemaah termasuk solat Jumaat serta sebarang aktiviti berkaitan tidak diadakan di masjid dan surau negeri itu selama 10 hari bermula 17 hingga 26 Mac ini. Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad menjelaskan ketetapan itu dibuat berdasarkan taklimat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan perbincangan ahli […]

Dasar ‘Rahmatan Lil Alamin’ berpaksi kepada model Malaysia

SEREMBAN – Dasar Rahmatan Lil Alamin yang akan dilaksanakan kerajaan akan berpaksikan model Malaysia yang turut mengambil kira pelbagai aspek, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. Beliau berkata, antara aspek yang turut merangkumi kepada penggubalan dasar berkenaan ialah Perlembagaan Persekutuan, kepelbagaian kaum, adat dan tradisi serta demokrasi Parlimen. “Turut […]

Seratus masjid sebagai Pusat Pembangunan Umat terbaik 2024

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menyasarkan 100 masjid di negeri ini dijadikan sebagai Pusat Pembangunan Umat Terbaik menjelang 2024. Menteri Besarnya Datuk Seri Aminuddin Harun berkata untuk merealisasikan matlamat tersebut, kerajaan negeri menyasarkan tujuh inisiatif perlu dicapai bagi menjadikan masjid sebagai pusat pembangunan tersebut. “Antara yang perlu diberi keutamaan adalah meningkatkan jumlah mereka (masyarakat) yang […]

Mahkamah Syariah N. Sembilan berjaya selesaikan 4,130 kes

SEREMBAN – Mahkamah Syariah Negeri Sembilan berjaya menyelesaikan sebanyak 4,130 kes atau 59 peratus daripada keseluruhan 7,000 kes yang didaftarkan di mahkamah itu tahun lepas, kata Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan Abas Nordin. Beliau berkata bagaimanapun bagi tempoh Januari hingga 31 Ogos lepas, sebanyak 5,551 kes didaftarkan merangkumi kes cerai, jenayah dan […]

JAINS sasar semua premis makanan di Negeri Sembilan miliki sijil halal menjelang 2023

SEREMBAN – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) menyasarkan semua premis penyedia makanan halal di negeri ini memiliki sijil halal menjelang 2023. Pengarahnya Mohd Zaidi Ramli berkata untuk tujuan itu, pihaknya akan mengadakan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mensyaratkan kepada pemilik premis yang mahu memperbaharui lesen perniagaan perlu memiliki sijil halal. […]

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan (pindaan) 2019, diluluskan

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pada 25 April meluluskan pindaan bagi Rang Undang-Undang berkaitan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) (pindaan) 2019. Pindaan itu dibentangkan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan diluluskan selepas bacaan kali ketiga. Aminuddin dalam ucapan pembentangannya berkata pindaan itu yang bertujuan meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga […]

MB nafi galak jual ayam tidak halal

SEREMBAN  – Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan beliau mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menggalakkan penjualan ayam tidak halal di Negeri Sembilan. Beliau berkata, jawapan bertulisnya berkaitan isu halal dan kebersihan ayam segar di pasar raya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 24 April telah diberi tafsiran tidak tepat oleh pihak media. Tambahnya, komen-komen […]

Farhatul Fairuzah juara tilawah antarabangsa pada usia 19 tahun

KUALA LUMPUR – Sedap mata memandang, sedap juga telinga mendengar. Nama Nor Farhatul Fairuzah Panut menjadi sebutan selepas menjuarai Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa, pada Sabtu. Dikongsikan serba sedikit berkenaan gadis berusia 19 tahun ini, dan semoga ia mampu menjadi inspirasi kepada anak-anak muda lain untuk mencontohi kecintaan Farhatul terhadap al-Quran. Farhatul merupakan anak bongsu […]

Dua beradik johan dan naib johan qariah

SEREMBAN – Dua beradik yang mewakili dua negeri berlainan muncul johan dan naib johan qariah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2019M di Dewan Perbandaran Seremban di sini. Nor Farhatul Fairuzah Panut, 19, dari Negeri Sembilan diumumkan sebagai johan qariah manakala kakaknya, Nor Faizah Panut, 30, yang mewakili Selangor diumumkan sebagai naib […]