Perkasa institusi zakat, wakaf agar kekal relevan
PUTRAJAYA – Institusi zakat dan wakaf di negara ini perlu diperkasa bagi memastikan perananya kekal relevan dari sudut keberkesanan sistem penyampaian dan ijtihad hukum ketika berhadapan cabaran baharu pasca Covid-19. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, tanpa menafikan usaha dan keringat yang dicurahkan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) […]
Persekutuan perlu hormati bidang kuasa negeri
SHAH ALAM – Kerajaan Persekutuan perlu menghormati bidang kuasa negeri dalam hal ehwal agama Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary. Beliau berkata, ia susulan ada pihak yang menyampaikan pandangan agar undang-undang berkaitan dengan agama digubal sahaja dan memaksa negeri untuk menerimanya. “Selalu orang sampaikan pandangan mereka […]
Solat Jumaat luar masjid mufti perlu bincang dengan JAKIM
PETALING JAYA – Mufti negeri perlu berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terlebih dahulu sebelum mengeluarkan fatwa khusus berhubung solat Jumaat di luar pagar masjid. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri berkata, mufti-mufti negeri telah menjawab persoalan itu namun sebarang keputusan mengenai fatwa perlu menjalani sesi perbincangan terlebih dahulu. Katanya, mufti negeri tidak membuat keputusan […]
Solat Tarawih, Aktiviti Keagamaan Dibenarkan Sepanjang Ramadan – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan kebenaran solat tarawih secara berjemaah dan aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, prosedur operasi standard (SOP) berkaitan jumlah jemaah akan diputuskan di peringkat negeri. “Seperti kita ketahui, solat dan aktiviti agama adalah di […]
Surau bukan di bawah seliaan pihak berkuasa agama negeri tidak boleh dibuka ketika PKPB
PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan surau yang bukan di bawah seliaan pihak berkuasa agama negeri tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Perkara itu dinyatakan dalam Soalan Lazim (FAQ) ditetapkan Jakim sepanjang tempoh arahan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula semalam hingga 27 Oktober depan. Menurut FAQ […]
Kunjungan Hormat Kepada Yang Di-Pertua Negeri Sabah
KOTA KINABALU – Yang Dipertua YADIM,Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 8 September. Lawatan ini adalah antara usaha […]
Majlis agama negeri bantu 6 golongan ketika PKP
KUALA LUMPUR – Lebih RM426 juta bantuan COVID-19 disalurkan oleh pihak majlis agama Islam negeri dan agensi mengurus zakat sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac hingga 27 Julai lalu. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, berkata Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meluluskan bantuan berjumlah RM45.653 […]
Letak mahkamah syariah bawah Undang-Undang Tubuh Negeri
KUALA LUMPUR – Majlis Dakwah Negara (MDN) menyarankan agar penubuhan mahkamah syariah negeri diletakkan di dalam Undang-undang Tubuh Negeri masing-masing seperti mahkamah sivil. Jelas Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid, penubuhan mahkamah syariah melalui enakmen negeri akan mewujudkan ketidakseimbangan antara kedua-dua mahkamah. “Buat masa ini, semua negeri selain Terengganu menubuhkan mahkamah syariah melalui […]
Kerajaan perkenal modul had umur perkahwinan 18 tahun di semua negeri
PARIT BUNTAR – Kerajaan akan memperkenalkan satu modul yang menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat untuk mengehadkan umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa berkata, modul itu yang sedang disiapkan merupakan garis panduan untuk dipatuhi oleh semua negeri mengenai perkahwinan dan adalah menjadi satu kesalahan dari segi undang-undang […]
Rancang wujud Perkampungan Perkim di setiap negeri
BESUT – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) merancang membuka penempatan khusus dinamakan Perkampungan Perkim di setiap negeri yang bakal dihuni pelbagai kaum beragama Islam di negara ini. Setiausaha Agung Perkim, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor berkata, penempatan yang dirancang di setiap negeri itu bagi meneruskan hasrat bekas pengasas Perkim yang juga Perdana Menteri pertama, […]