‘Like A dog’: Keluarga anggap hanya gurauan
MUAR: Keluarga Namewee anggap klip video terbaharu ‘Like A Dog’ hanyalah cara pengarah dan pemuzik kontroversi itu untuk bergurau. Seorang ahli keluarga Namewee yang enggan dikenali berkata, klip video terbabit dihasilkan untuk membuat orang ketawa dan menyanyi sahaja. “Tak ada apa, …dia (Namewee) selalu buat apa kita bersetuju dengan dia. It’s a joke (gurauan)… video […]
Kertas siasatan Namewee dibuka: KPN
KUALA LUMPUR: Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung tindakan pengarah dan pemuzik kontroversi, Namewee yang memuat naik klip video terbarunya bertajuk ‘Like A Dog, baru-baru ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Muhamad Fuzi Harun, berkata polis kini bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung siasatan itu. “Kami sudah membuka kertas siasatan dan bekerjasama […]
Video anjing, Namewee tampil beri penjelasan
SHAH ALAM – Selebriti kontroversi, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee tampil memberi penjelasan mengenai klip video terbarunya yang dikatakan menghina sensitiviti kaum dan agama di negara ini. Menurut Namewee, dia sama sekali tidak mempunyai niat untuk menghina mana-mana agama atau kaum di negara ini, malah klip video tersebut dibuat berdasarkan turutan kalendar […]
Provokasi: Namewee tidak terlepas tindakan
PUTRAJAYA 15 Feb. – Penyanyi kontroversi Wee Meng Chee atau Namewee tidak boleh menyalahkan pihak berkuasa sekiranya tindakan dikenakan ekoran video terbarunya yang sekali lagi menimbulkan provokasi terhadap sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, keharmonian masyarakat Malaysia sepatutnya diterjemahkan dengan rasa saling […]
Siasat video klip Namewee – Kamarudin
KUALA LUMPUR 14 Feb. – Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) digesa menyiasat video klip penyanyi kontroversi Wee Meng Chee atau Namewee yang dikatakan mengandungi aksi lucah tarian sekumpulan penyanyi berdekatan Masjid Putrajaya. Pengerusi Aktivis Media Sosial, Kamarudin Ahmad berkata, perbuatan Namawee itu dilihat seolah-olah sengaja mempersenda umat Islam apabila memilih lokasi berhampiran masjid untuk merakamkan […]