Wanita ‘berinteraksi dengan nabi’ akan dikaunseling
KUALA LUMPUR – Wanita yang mendakwa berinteraksi dengan Nabi Muhammad SAW di sebuah hotel di Makkah akan dipanggil menjalani sesi kaunseling di pejabat agama negeri yang terlibat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, perkara itu perlu bagi membetulkan pemahaman wanita berkenaan. “Jika kita tahu lokasi wanita berkenaan, kita minta […]
Lelaki dipenjara 26 bulan hina Islam, Nabi
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipenjara 26 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas 2 pertuduhan menghina Nabi Muhammad dan agama Islam menerusi laman sosial Facebook tahun lepas. Hakim M M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman penjara 26 bulan bagi pertuduhan pertama dan 6 bulan untuk pertuduhan ke-2 ke atas Danny Antoni, 29, […]
Penjara 10 tahun 10 bulan kerana hina Nabi
KUALA LUMPUR: Pemilik akaun Facebook ‘Ayea Yea’, semalam dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun 10 bulan atas 10 pertuduhan memuat naik komen berbentuk penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW. Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak, yang membuat keputusan itu mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM)1998, turut mengarahkan hukuman penjara […]
Bangkitkan perkahwinan Nabi Muhammad dengan Aishah, jahat dan celupar
KANGAR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan mereka yang sengaja membangkitkan perkahwinan Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aishah sebagai jahat dan bermulut celupar. Beliau menjelaskan, hal demikian kerana Aishah sendiri yang merupakan seorang yang kritis, malah sering mengkritik pelbagai hal berkaitan para sahabat Nabi Muhammad SAW ketika itu, tidak […]
‘Jaga ungkapan ketika berbicara tentang Nabi SAW’
SHAH ALAM – Sesiapa yang ingin berbicara tentang Nabi Muhammad SAW dinasihatkan agar menjaga ungkapan yang digunakan dan menyemak nas dan riwayat dengan teliti. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, berhati-hati apabila berbicara tentang Nabi Muhammad SAW, ada akidah yang mesti kita percaya, bahawa baginda hanya berjanji apa yang ALLAH khabarkan kepada […]