Ramah Mesra dan Musa’adah YADIM Bersama Persatuan Muallaf India Malaysia
JOHOR BAHRU – Alhamdulillah, kami kini menambah rakan kerjasama untuk program dakwah kami. Pada 19 Disember telah diadakan pertemuan pertama antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Malaysia India Reverted Association (MIRA) di sini. Beberapa perbincangan diadakan untuk program pada masa akan datang. Antara yang telah diatur ialah Kelas Pemantapan Akidah dalam Bahasa Tamil. YADIM […]
YADIM Peduli: Musa’adah Mangsa Banjir Alor Damat
SETIU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 12 Disember menyantuni mangsa banjir di Kampung Alor Damat, Batu Rakit di sini. Seramai 60 keluarga terkesan dengan banjir kilat berkenaan yang berlaku awal bulan ini. Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk Shaary. YADIM menyumbang […]
70 OKU,ahli keluarga terima sumbangan YADIM Pulau Pinang
PERMATANG PAUH – “Kami rasa dihargai. “Terima kasih kepada YADIM Pulau Pinang di penganjuran program ini,”. Begitulah ucapan Pengerusi Persatuan Kebajikan Orang Kelainan Upaya Penglihatan Prihatin (PKOP),Tarmizi Jusoh. Bertepatan dengan hari Orang Kelainan Upaya (OKU) Sedunia yang disambut baru baru ini, YADIMPulau Pinang pada 4 Disember bekerjasama dengan PKOP mengadakan program YADIM Interaktif dan YADIM […]
YADIM Kedah santuni asnaf Kampung Bukit Belah
KUALA MUDA – Bersempena Bulan Dakwah 2.0, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah menganjurkan program YADIM Peduli: Musaadah Covid- 19 dengan menyantuni asnaf di Kampung Bukit Belah, Sungai Petani pada 2 Disember. Sebanyak 15 kit makanan telah diedarkan kepada penerima kampung tersebut. Penyerahan kepada penerima sumbangan telah disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd […]
Tazkirah Kelompok dan Ziarah Kasih di Pendang
PENDANG – Penduduk kampung tidak pernah dilupakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam usaha melestari gerakan dakwah di negeri ini. Saban masa, ada sahaja program bersama mereka dilaksanakan. Pada 16 November, dua buah kampung di daerah ini disantuni dalam program Tazkirah Kelompok dan Musa’adah Ziarah Kasih. Menerusi program berkenaan, 30 keluarga di Kampung Bukit Tegur […]
“Terima kasih, jangan serik datang lagi ke Simunjan”
SIMUNJAN – Seramai 100 keluarga asnaf di sini disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam program Musa’adah YADIM pada 22 Oktober. Kesemuanya menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka. Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. Hadir ke program ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri SimunjanYang Berhormat Awla […]
Bulan Dakwah 2.0: 40 keluarga di Sik terima sumbangan YADIM Kedah
SIK – Sempena Bulan Dakwah 2.0 yang baru dilancarkan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah mengadakan program YADIM Peduli-Musaadah Covid-19 di sekitar daerah ini. Dengan kerjasama Pusat Komuniti Kawasan Sik, Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Kampung Bendang Man dan AJK Surau Caruk Puyuh,40 keluarga yang memerlukan dari 10 kampung disantuni pada 9 Oktober. Antara kampung […]
YADIM Kedah, Bank Islam santuni lagi OKU, pesakit kronik
KUALA KEDAH – Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pesakit kronik yang memerlukan terus mendapat perhatian Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di negeri ini. Dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri Anak Bukit dan rakan badan bukan kerajaan (NGO) As Salam Kuala Kedah, YADIM Kedah telah menyantuni golongan ini pada […]