Bicara Dakwah dan penyampaian sumbangan di DUN Bayu
BALING – Program YADIM Kedah hari ini (24 Januari) berakhir jam 3 petang dengan Bicara Dakwah dan penyampaian sumbangan di kawasan Dewan Undangan Negeri Bayu. Majlis ilmu dan penyampaian musa’adah ini diadakan di perkarangan kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri Bayu, Yang Berhormat Cikgu Nasir Idris di Kampung Bechah Sawa, di sini. Pengarah YADIM Kedah Ustaz […]
Sumbangan Musa’adah warga agensi terkesan banjir
PUTRAJAYA – Seramai 338 warga agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang terkesan dengan musibah banjir baru baru ini disantuni menerusi sumbangan pasca banjir. Gimik penyampaian sumbangan pada 11 Januari disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad di sini. Mereka […]
Musaadah Nelayan Kampung Air Tawar
TOK BALI – Menjadi lumrah setiap kali tibanya musim tengkujuh seperti ketika ini, nelayan Pantai Timur dilanda kerisauan akibat cuaca buruk yang melanda mengakibatkan mereka tidak dapat turun ke laut mencari rezeki. Saat ini, tentunya bukan sedikit pendapatan yang terjejas. Ditambah pula kerisauan akibat Covid-19 yang masih ada. YADIM Kelantan yang cakna dengan situasi ini […]
YADIM Peduli di Kulim
KULIM – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah meneruskan inisiatif membantu golongan memerlukan di daerah ini pada 25 Disember. Dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Baharu Serdang dan wakil wakil komuniti di sini, program YADIM Peduli Musaadah Covid 19 sempena Bulan Dakwah 2.0 ini menyantuni seramai 50 keluarga yang memerlukan. YADIM diwakili oleh pegawainya, […]
Musa’adah Covid-19 santuni penduduk Pendang
PENDANG – Covid-19 nampak belum ada pengakhirannya. Justeru masih terdapat golongan memerlukan yang perlu dibantu. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 4 Disember dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang dan Pejabat Penghulu Mukim Rambai, Kubur Panjang, telah mengadakan Program YADIM Peduli-Musa’adah Covid 19 sempena Bulan Dakwah 2.0. Program yang […]
Kursus Sukarelawan YADIM Kuala Langat
SIJANGKANG – Buat pertama kalinya, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat, telah menganjurkan satu kursus kesukarelawanan pada 28 November di sini. Program yang diadakan di ruang legar Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang, telah disertai oleh ahli SAY Kuala Langat sendiri selain daripada SAY Kuala Selangor,Sabak Bernam,Kundang,Sungai Buloh dan Rawang. Hadir sama ialah para […]
Pelancaran Sukarelawan YADIM Betong, sumbangan di Kampung Tuie
BETONG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) melebarkan sayapnya ke kawasan ini pula. Majlis pelancaran ini merupakan program keempat dalam Kembara MahabahYADIM Sarawak. YADIM diwakili oleh pegawainya, Zamri Bali. Membacakan teks ucapan Pengarah YADIM Negeri Sarawak , Zamri berkata pihaknya bersetuju mempertimbangkan permohonan program sukan seperti yang dipohon untuk dijadikan projek pertama Sukarelawan Yadim […]
YADIM bersama warga pondok dan masyarakat siam sempena Bulan Dakwah 2.0
KUALA NERANG – Program Bulan Dakwah 2.0 negeri Kedah diteruskan pada hari kedua di daerah ini pada 20 November 2021. Program ini diadakan di Pondok Ahmadiah yang dipercayai tertua di negeri ini, yang dibangunkan oleh Allahyarham Datuk Ahmad Mohd Nor yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Pak Teh Mat. Hingga ke hari ini, ia antara […]
20 penduduk Kampung Baru terima sumbangan YADIM
PENDANG – Selesai program di Kampung Bukit Tegur dan Bendang Pulas pada sebelah pagi pada 16 November, program Tazkirah Kelompok dan Musa’adah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dilaksanakan pula di Kampung Baru di sini. Seramai 30 orang peserta telah mengikuti tazkirah bertajuk “Hak dan Kewajipan Seorang Mukmin” yang telah disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, […]
40 keluarga Kulim terima manfaat program YADIM Peduli
KULIM – Daerah ini menjadi lokasi terbaharu program YADIM Peduli – Musaadah Covid 19 sempena Bulan Dakwah 2.0. Dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA)Kulim, ahli jawatankuasa Masjid Muthmainnah serta Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), sebanyak 30 keluarga menerima sumbangan set barangan keperluan harian dalam program ini yang diadakan di dewan masjid Muthmainnah. Selesai program […]