LEBIH RM6.8 JUTA DIBELANJAKAN UNTUK BANTU ASNAF, MASYARAKAT
KUALA LUMPUR – Sejumlah RM6,853,268.88 telah dibelanjakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sepanjang Julai 2022 bagi membantu para asnaf dan masyarakat yang terkesan akibat musibah dan sebagainya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata ia merupakan tanggungjawab dan amanah yang digalas agensi di bawah kementeriannya yang […]
Ziarah Ulama’ dan Musa’adah institusi pondok
KUALA NERANG – Program Bulan Dakwah 2.0 terus giat dijalankan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah. Pada 19 November, mereka bergerak menyantuni warga pondok. Institusi pondok memainkan peranan yang sangat besar dalam sejarah dan perkembangan pendidikan Islam di negeri ini. Program ini dijayakan bersama 10 orang wakil dari Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Padang […]
Bulan Dakwah 2.0 di Kampung Lanai
BALING – Kampung Lanai dan beberapa kawasan lagi di sini menjadi lokasi terbaharu program Bulan Dakwah 2.0 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah. Dua program berlangsung pada 13 November. Ia dimulakan dengan Tahsin Ibadah (Pengurusan Jenazah) dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Intaz Safinaz di sini. Ceramah disampaikan oleh Ust Haji Azmi Mohammad dari YADIM Kedah. […]
40 keluarga terima manfaat program YADIM Peduli
JITRA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah meneruskan lagi usaha membantu golongan memerlukan menerusi program YADIM Peduli – Musaadah Covid 19 di beberapa lokasi di sini. Seramai 40 keluarga miskin, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya dan lain lain lagi disantuni dalam program pada 19 Oktober ini. Mereka disantuni tanpa mengira latar bekakang, sesuai dengan […]
Mualaf Kapar terima sumbangan YADIM
KAPAR – Parlimen ini menjadi lokasi terbaharu program menyantuni rakyat oleh Bahagian Khidmat Bakti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Sukarelawan YADIM Parlimen Kapar. Menerusi program YADIM Peduli : Musaádah TeleBantuan dan Mualaf, seramai 48 keluarga yang dikenalpasti memerlukan di kawasan ini disantuni dengan pemberian barangan keperluan harian. Hadir ke program di Dewan Besar […]
Komuniti 4 kampung terima bantuan YADIM Kedah
SUNGAI PETANI – Dengan kerjasama Pusat Komuniti Bahagian Sungai Petani, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 16 September telah menyampaikan sumbangan kepada penduduk terjejas di empat perkampungan di sini. Seramai 30 keluarga iaitu di Kampung Padang Buloh, Kampung Alor Perlun, Kampung Padang Mahligai dan Kampung Banggol Sidam disantuni. Asnaf yang disantuni terdiri daripada ibu […]
Maknai Hari Malaysia : YADIM santuni Petugas Barisan Hadapan PKRCB MAEPS
SERDANG – Para petugas barisan hadapan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu 2.0 (PKRCB 2.0) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) pada 16 September menerima sumbangan sempena Musaadah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersama Puspanita Cawangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, bersama Pengerusi […]
Musaádah 3.0 Siri 4 Mersing YADIM Johor
MERSING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor telah melaksanakan program Musaadah Covid 3.0 di Kampung Penyabung, Endau pada 28 Ogos dan Kampung Belukar Juling, Endau pada 2 September 2021. Diadakan dengan kerjasama Masjid Kampungg Penyabung dan Masjid Kampung Belukar Juling, program ini telah menyantuni seramai 40 keluarga yang dikenalpasti memerlukan. Keluarga yang disantuni ini […]
‘Bantuan melalui inisiatif #Musaadah diteruskan’ – Zulkifli
KUALA LUMPUR – Segala bantuan melalui inisiatif #Musaadah akan diteruskan meskipun Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tidak lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menjadi antara pelopor inisiatif berkenaan. Menerusi catatan dimuatnaik di akaun Facebook beliau petang tadi, Zulkifli memberi jaminan, inisiatif itu akan diteruskan demi manfaat dan kebajikan rakyat. “Terima […]
Musadah Covid 19 3.0 YADIM Perlis di Kampung Semadong
BESERI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menyantuni golongan yang memerlukan di negeri tersebut. Program terbaharu mereka diadakan di Kampung Semading di sini pada 16 Ogos apabila 30 keluarga asnaf kampung tersebut menerima sumbangan barangan keperluan harian. Tidak ketinggalan menerima sumbangan ialah 10 pemandu teksi dan […]