Bukan bubar tapi beri Jakim tanggungjawab besar
PUTRAJAYA – Kerajaan tidak sesekali mahu membubarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seperti mana yang hangat diperkatakan sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara pada 9 Mei lalu. Sebaliknya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Jakim akan diberi tanggungjawab lebih besar untuk mengepalai enam agensi […]
TH akan kembali pulih
PUTRAJAYA: Kerajaan optimis Lembaga Tabung Haji (TH) akan kembali ke landasan asalnya pada tahun ini menerusi pelan pemulihan kewangan terhadap badan itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata keputusan kerajaan untuk meletakkan TH di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) seperti institusi Kewangan Islam yang lain bertujuan mengukuhkan tadbir […]
Penamatan khidmat imam di Perlis tidak babitkan kerajaan pusat
KUALA LUMPUR: Keputusan menamatkan perkhidmatan 25 imam masjid di Perlis dan menukar 10 lagi ke kariah lain pada Khamis tidak membabitkan kerajaan pusat kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, buat masa ini kerajaan pusat tidak akan campur tangan dan menghormati […]
TH tawar ibu bapa Adib tunai haji
ALOR SETAR – Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan ibu bapa Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, untuk menunaikan ibadat Haji pada musim tahun depan. Perkara itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof selepas melawat ibu bapa Allahyarham iaitu Mohd Kassim Abdul Hamid, 63, dan Asma Aziz, 51 di rumah mereka […]
Penceramah khuatir disekat masuk TV, menteri nafi ada sekatan
PETALING JAYA – Seorang penceramah agama khuatir dia dan beberapa penceramah lain tidak dapat bersiaran di televisyen dan radio dengan kerap, sambil menunjukkan senarai penceramah yang tidak digalakkan bersiaran. Syed Mohd Bakri Syed Ishak, bekas peserta pertandingan rancangan agama di televisyen, mendakwa sumber dalam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan senarai itu sebaran daripada jabatan […]
Mujahid tidak hirau kritikan, tetap teruskan rancangan pulihkan TH
SEPANG – Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata beliau tidak hirau dengan sebarang kritikan dan tetap akan meneruskan rancangannya dalam memulihkan Lembaga Tabung Haji (TH) selepas dilaporkan mengalami defisit RM4.01 bilion, tahun lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata penafian bekas pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkenaan defisit itu […]
Kouta haji 2019 kekal 30,200 orang
SEPANG – Kouta haji untuk musim tahun depan kekal sebanyak 30,200 jemaah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof menjelaskan, namun pihaknya telah mengemukakan permohonan agar kouta haji itu ditambah memandangkan jumlah penduduk rakyat Malaysia kini meningkat sebanyak 31 juta. “Perkara itu saya maklumkan dalam kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi […]
Kos menunaikan Haji tahun hadapan kekal
KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa mengumumkan kos menunaikan haji tahun hadapan kekal. Menurutnya, TH memutuskan bahawa kos untuk menunaikan haji kekal ditanggung sama seperti mana sebelumnya iaitu RM9, 980. Beliau berkata demikian pada sidang media di Parlimen hari ini. Pada masa yang sama beliau memberi jaminan […]
Mujahid dakwa TH agih hibah ketika akaun defisit
KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa mendakwa pengurusan lama Tabung Haji telah melanggar Akta Tabung Haji 1995 kerana membayar hibah bagi tahun 2017 kerana tidak mengikut akta berkenaan. Katanya, terdapat dua syarat yang perlu dipenuhi bagi pembayaran hibah boleh dilakukan, iaitu aset tidak boleh kurang daripada liabiliti […]
Mujahid dedah isu TH di Parlimen Isnin ini
PARIT BUNTAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, dijangka akan mendedahkan isu membabitkan Lembaga Tabung Haji (TH) di Parlimen, Isnin ini. Menurutnya antara yang akan didedahkan adalah mengenai laporan kewangan 2017 yang didapati bercanggah dan termasuklah isu keuntungan agensi berkenaan yang diperkatakan sebelum ini. “Tunggu hari Isnin ini sekitar jam 10 […]