Zakat 2018: PPZ-MAIWP kutip RM651.2 juta
PUTRAJAYA – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengumumkan jumlah kutipan zakat bagi tahun lalu ialah sebanyak RM651.2 juta iaitu meningkat sebanyak enam peratus. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, bilangan pembayar pada tahun lalu juga meningkat sebanyak tujuh peratus iaitu sebanyak 180,958 orang pembayar berbanding 169, […]
Cadangan sekatan bank suami liat bayar nafkah akan ke Kabinet
YBM
Dakwah berhemah menepati komposisi masyarakat berbilang kaum, agama
KUALA LUMPUR – Usaha mengajak ke arah makruf dan mencegah kemungkaran perlu di lakukan ibarat menarik rambut dalam tepung. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Jamalullail, bertitah pendekatan berhemah harus ditekankan kerana masyarakat di negara ini terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Baginda bertitah, istilah mengelakkan mudarat lebih utama dari mendatangkan manfaat perlu diberikan penekanan, […]
Cadangan perintah berkurung perlu diteliti sebelum dilaksanakan
TASEK GELUGOR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusoff Rawa menyokong cadangan Kerajaan Persekutuan memperkenalkan perintah berkurung bagi remaja bawah 18 tahun bagi mengelak terjebak dengan masalah sosial, khususnya dadah. Katanya, cadangan itu boleh dilaksanakan di negara ini, selain menegaskan tindakan hampir sama turut dilakukan di Iceland dan Scandinavian. “Bagaimanapun, kementerian […]
Jangan sensasikan isu salib, serah kepada kerajaan Pulau Pinang selesaikan
KUALA LUMPUR – Isu bangunan perumahan yang didakwa memaparkan lambang salib di Jelutong, Pulau Pinang tidak seharusnya disensasikan kerana ia perlu diselesaikan secara berhemah antara pihak pemaju dan kerajaan negeri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata ini kerana kerajaan negeri terbabit sudah mengambil tindakan manakala Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri […]
Imej salib: Mujahid belum terima laporan rasmi
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata beliau belum menerima laporan rasmi berhubung isu paparan lambang salib di Grace Residence, Jelutong, Pulau Pinang. Menurutnya, beliau sudah berhubung dengan pihak Mufti Pulau Pinang dan kerajaan negeri berhubung perkara itu dan berharap ia akan diterima secepat mungkin. Beliau berkata, isu paparan salib […]
TH tetap bayar hibah berdasarkan prestasi kewangan
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi jaminan kumpulan itu mampu memberi hibah atau dividen pada 2018 kepada 9.3 juta pendepositnya. Namun, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat, mengingatkan pendeposit supaya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. “Jumlah hibah itu akan bergantung kepada prestasi kewangan TH. […]
Boleh ceramah selagi tidak ganggu keharmonian kaum dan agama
PUTRAJAYA – Mana-mana penceramah tempatan atau antarabangsa dibenarkan berceramah selagi mereka mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata setiap penceramah perlu mematuhi garis panduan tertentu termasuk mendapatkan penganjur; memohon permit ceramah; […]
Majlis Tahfiz Negara dilancar suku pertama tahun ini
CAMERON HIGHLANDS – Majlis Tahfiz Negara yang ditubuhkan untuk menambah baik institusi tahfiz dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. Katanya, sebelum majlis itu dilaksanakan, satu program muzakarah akan diadakan dengan mengumpul semua pengelola sekolah tahfiz berdaftar serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang […]
Peruntukan RM25 juta untuk sekolah pondok diagih awal
PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan menyerahkan cek berjumlah RM25 juta yang diperuntukkan kerajaan persekutuan untuk diagihkan kepada 283 sekolah pondok berdaftar di seluruh Malaysia. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyampaikan cek dengan jumlah tersebut kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof di kementeriannya pagi ini. Guan Eng berkata penyerahan peruntukan yang diumumkan dalam […]