Lihat mesej himpunan, jangan tengok kehadiran
KUBANG PASU – Masyarakat perlu mendalami mesej yang disampaikan melalui deklarasi dalam program Solidariti Kedamaian semalam, berbanding hanya menumpu kepada jumlah mereka yang hadir ke himpunan itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, beliau berpuas hati dengan jumlah kehadiran peserta ke program tersebut yang diaturkan dalam masa singkat. Menurutnya, isu […]
1 rakyat Malaysia cedera ditembak di NZ dibenarkan keluar hospital
KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia, Mohd Tarmizi Shuib, 42, yang cedera ditembak dalam serangan di Christchurch, New Zealand, 15 Mac lalu dibenarkan keluar hospital semalam (22 Mac 2019). Perkembangan itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa. “Tarmizi sudah berada di rumah (New Zealand) dan masih bertongkat kerana ada serpihan peluru di punggungnya,” […]
Mujahid sertai acara berkabung pada solat Jumaat di Christchurch
KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa mewakili kerajaan pada solat Jumaat di Hagley Park South, Christchurch, New Zealand hari ini, seminggu selepas serangan ke atas 2 masjid yang meragut 50 nyawa. Mujahid, yang berlepas ke Christchurch semalam berkata menerusi Facebooknya, bahawa beliau bertemu wakil kerajaan New Zealand dan Pesuruhjaya Tinggi […]
RM174,000 disalurkan kepada masjid, mangsa di Christchurch
KUALA LUMPUR – Sebanyak RM174,000 berjaya dikumpul untuk disalurkan kepada dua buah masjid dan keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, sumbangan berjaya dikumpul daripada pelbagai agensi di bawah jabatan berkenaan antaranya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Yayasan […]
Solat jenazah ghaib di semua masjid
KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof meminta semua masjid di seluruh negara mengadakan solat jenazah ghaib esok selepas selesai solat Jumaat untuk Allahyarham Mohd. Haziq Mohd. Tarmizi. Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, Mujahid juga akan mewakili kerajaan ke Christchurch untuk menziarahi keluarga Mohd. Haziq […]
Kerajaan bantu urus pengebumian Muhammad Haziq
KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan remaja Malaysia Muhammad Haziq Mohd. Tarmizi, 17 yang hilang sejurus kejadian serangan bersenjata seorang pelampau kulit putih ketika sembahyang Jumaat di masjid di Chirstchurch telah meninggal dunia. Dalam satu kenyataan, Kementerian berkata, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand akan memberi bantuan kepada keluarga untuk proses pengebumian. “Kerajaan Malaysia […]
Haji perlu dilakukan dengan kemampuan
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memberi pemahaman kepada jemaah haji bahawa ibadah itu perlu dilakukan dengan kaedah istithaah atau kemampuan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, kemampuan itu termasuklah dari segi kewangan untuk menunaikan ibadah tersebut. “Sebagaimana kita tahu, kemampuan atau istithaah adalah sebahagian syarat untuk kita melakukan haji. Salah […]
Rahmatan Lil Alamin dasar baharu pentadbiran Malaysia
Mesyuarat Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kebangsaan (MKI) telah mempersetujui konsep Rahmatan lil Alamin sebagai dasar baharu dalam pentadbiran Islam di negara ini. Perkara ini dijelaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf yang berkata, pada masa ini, langkah seterusnya ia perlu dimaklumkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu dan kabinet. “Dalam mesyuarat hal […]
Solidariti Demi Keamanan akan diadakan Sabtu ini
KUALA LUMPUR – Mesyuarat khas hari ini yang disertai Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Agama di bawah Jabatan Perpaduan di Jabatan Perdana Menteri telah mengambil keputusan untuk mengadakan himpunan rakyat yang dikenali sebagai ‘Solidariti Demi Keamanan’. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf berkata, melalui mesyuarat jawatankuasa khas itu telah sebulat suara […]
Dividen TH dibayar tidak lama lagi
KUALA LUMPUR – Dividen Tabung Haji akan dibayar tidak lama lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa hari ini. “Kita akan umumkan (tapi) bukan di sini. Insya-Allah tidak lama lagi,” katanya di Dewan Rakyat. Katanya, ini boleh dilakukan kerana Putrajaya berjaya memperbaiki penyata imbangan dengan mengurangkan liabiliti melalui eksesais pemulihan dan pentrukturan. […]