Muhyiddin umum 26 kementerian, tiada TPM
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pembentukan 26 kementerian termasuk 4 menteri kanan yang akan membantunya menyelaras hal ehwal Kabinet, menggantikan peranan timbalan perdana menteri. Empat menteri kanan berkenaan – Mohamed Azmin Ali; Ismail Sabri Yaakob; Fadillah Yusof; dan Mohd Radzi Md Jidin – akan menyelaras bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan […]
Muhyiddin arah IGP jangan kompromi lagi tangani isu kaum, agama
MUAR – Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menimbulkan atau menyebar isu perkauman dan keagamaan melalui media sosial, kata Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh berkata perbuatan seumpama itu bukan sahaja akan memecahbelahkan perpaduan kaum, malah boleh memberi ancaman besar terhadap keselamatan negara. “Saya mahu bagi amaran, […]
‘Saya tak reda Islam dirobek’
KUALA LUMPUR – Saya tidak akan reda dan membiarkan Islam dirobek-robek dengan apa cara sekali pun,” tegas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sehubungan itu beliau hairan apabila ada pihak yang menggunakan sentimen agama ‘menyucuk’ rakyat kononnya kerajaan lemah dan tidak mempertahankan Islam. Tegasnya, sedangkan sejak kerajaan baru memerintah penegasan untuk memelihara Islam seperti […]
KPN diarah siasat secara terperinci kes penemuan berhala di surau
KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menyiasat secara terperinci pihak yang bertanggungjawab meletakkan patung berhala di Surau Sabilul Huda, Klang baru-baru ini. Menyelar perbuatan terkutuk berbaur hasutan dan amat provokatif yang berniat jahat untuk menghina Islam dan menjejaskan keharmonian kaum dan agama […]
Lebih baik buat di masjid, Muhyiddin nasihat penganjur himpunan 8 Disember
PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menasihatkan penganjur himpunan menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) untuk tidak mengadakan acara mereka di Dataran Merdeka pada 8 Disember ini. Menteri Dalam Negeri berkata penganjur tidak perlu menunjuk perasaan kerana keputusan kerajaan tidak mengesahkan perjanjian antarabangsa itu adalah muktamad. “Sekarang hendak ucapkan […]
Jangan adakan perhimpunan bantah ICERD
KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan nada keras menasihatkan beberapa pihak supaya tidak mengadakan perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Beliau turut berharap orang ramai tidak mengambil tindakan atau membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan kaum dan agama serta menjejaskan ketenteraman awam di negara ini. […]