Islam wajibkan pengambilan vaksin
KUALA TERENGGANU – Islam tidak menolak pengambilan vaksin sebaliknya tetap mewajibkan suntikan imunisasi itu bagi mencegah sebarang penyakit sekali gus mengelak kemudaratan. Malah Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan pengambilan vaksin adalah diwajibkan dalam kalangan masyarakat. Pegawai Hal Ehwal Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mohammad Fahmi Rosli berkata, sebelum tahun 2016, penggunaan vaksin adalah […]
Plasenta: haram bagi rawatan kosmetik, harus untuk perubatan
KUALA LUMPUR – Hukum melakukan rawatan kosmetik atau kecantikan menggunakan suntikan plasenta manusia adalah diharamkan mengikut syarak, namun diharuskan bagi tujuan perubatan. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata pengharaman itu bertujuan mengelak amalan eksploitasi yang mencabul kemuliaan pada tubuh badan manusia. Katanya, dari segi hukum haram memakan anggota badan manusia kerana […]
Ucapan Krismas harus ikut garis panduan, kata Mufti Wilayah Persekutuan
Hukum kepada orang Islam mengucapkan selamat hari Krismas atau Merry Christmas, dan ucapan-ucapan lain yang bermaksud tahniah dan selamat kepada penganut Kristian sempena sambutan Krismas, adalah harus dengan mengikut garis panduan tertentu. Antara garis panduan umum tersebut ialah sesuatu ucapan itu diberikan apabila wujud keperluan bagi menyuburkan semangat muhibbah dan memperbaiki ketegangan sosial yang berlaku […]
Perlu kesungguhan salur maklumat banteras rasuah
KUALA LUMPUR – Usaha menyalurkan mesej kesedaran mengenai rasuah yang disampaikan kepada masyarakat perlu diuar-uarkan dengan penuh kesungguhan dari semasa ke semasa, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata usaha membanteras rasuah amat penting agar negara tidak binasa dari segi ekonomi dan politik sekali gus menjejaskan kehidupan rakyat. “Langkah yang […]
Tak salah ucap ‘Merry Christmas’
PETALING JAYA – Tidak menjadi satu kesalahan untuk mengucapkan ‘Merry Christmas,” kata Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan itu, perbuatan berkenaan dibenarkan bagi menzahirkan ungkapan tahniah kepada perayaan agama lain tanpa niat memuliakan agama mereka. “Ianya sekadar ungkapan untuk menzahirkan kegembiraan sambutan itu. “Golongan Muslim boleh mengucapkan ‘Merry Christmas’ kepada orang […]
Usah curah minyak ke dalam api marak
KUALA LUMPUR – Semua pihak dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang bentuk provokasi yang mencetuskan ketegangan, tegas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri. Mengikuti perkembangan insiden yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, beliau berkata masyarakat khususnya di media sosial perlu bertenang dan cuba mengelakkan sebarang tindakan yang membawa kepada situasi konflik lebih […]
Tidak semestinya ikut negara Islam lain ratifikasi ICERD
KUALA LUMPUR – Beberapa negara Islam lain yang turut meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak harus dijadikan alasan bahawa Malaysia perlu meniru langkah sama. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ini kerana sejarah, adat dan budaya kebiasaan antara Malaysia berbanding negara-negara Islam yang meratifikasi konvensyen itu […]
Mufti tegur drama ‘Isteri untuk Disewa’
KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkefli al Bakri menulis surat kepada Pengarah, Osman Ali berkenaan drama arahannya berjudul ‘Isteri untuk Disewa’. Drama Isteri untuk Disewa sebanyak 24 episod itu kini sedang ditayangkan di Asto Ria dan Ria HD setiap Isnin sehingga Khamis. Dr Zulkifli berkata, beliau berkesempatan menonton drama yang dilakonkan oleh […]