Kerani ugut tumbuk Mufti Perlis didakwa di mahkamah
KANGAR – Seorang kerani sebuah kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini (6 Mei) atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Y. Kumaresan, 36, dari Gelugor, Pulau Pinang didakwa menakutkan secara jenayah terhadap Mohd Asri dengan niat untuk menyebabkan cedera parah dengan cara: “akan punch (tumbuk) […]
Mufti Perlis tegur tok kadi, jangan rumitkan lafaz akad nikah
KANGAR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengingatkan kadi dan jurunikah supaya tidak mendera pengantin dengan menyulitkan lafaz nikah mereka iaitu perkara yang sepatutnya dipermudahkan. Beliau yang tidak selesa dengan situasi itu berkata, kadi dilihat sering kali mendera atau membuli pengantin agar mengulangi lafaz terima nikah kononnya ungkapan itu sebagai belum sah. […]
Tindakan hina Islam sudah dijadikan trend
KANGAR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan tindakan menghina Islam bukan lagi kes terpencil sebaliknya telah menjadi trend yang cuba membakar kemarahan umat Islam di negara ini. Katanya, hal demikian kerana masih terdapat hantaran-hantaran di media sosial yang menghina Islam dilakukan oleh segelintir masyarakat bukan Islam. Sehubungan itu, Mohd. Asri meminta […]
Asri mahu tindakan terhadap rumah ibadah haram selepas keganasan di Subang Jaya
PETALING JAYA – Datuk Mohd Asri Zainul Abidin mahu kerajaan bertindak tegas terhadap rumah ibadah yang dibina tanpa mengikut peraturan atau secara haram, ketika negara digemparkan dengan keganasan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya awal pagi tadi. “Apatah lagi yang dibina secara haram atas tanah yang bukan milik penganut agama berkenaan,” […]
Saling berbincang merungkai perbezaan
KUALA LUMPUR 10 Mac – Perbincangan atau musyawarah perlu diadakan jika berlaku sebarang perbezaan atau pertelingkahan pendapat dalam kalangan pendakwah kerana dengan cara itu barulah masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik. Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias berkata, sifat keterbukaan dan saling menghormati juga perlu ada dalam menguruskan kepelbagaian pendapat itu. “Selain itu, kena […]