YADIM Peduli dengan kerjasama MACMA Perlis
ARAU – Bertempat di Kampung Kubang Lintah di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis telah melaksanakan program YADIM Peduli dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Seramai 10 asnaf yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan disantuni dalam program ini yang dilaksanakan pada 9 Februari. YADIM Perlis dan MACMA juga menyampaikan sumbangan kepada lima […]
Dua beradik mualaf kesempitan dibantu YADIM Pulau Pinang
BUKIT MERTAJAM – Kisah tular dua beradik mualaf di Taman Machang Bubok di sini yang hidup dalam kesempitan segera mendapat perhatian Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 4 Februari. Abdul Rahman Lim dan Abdul Rahim Lim terpaksa mengikat perut ekoran kekurangan wang dan kerap kali hanya makan biskut kering atau mee segera. Keduanya […]
Ziarah Mualaf Orang Asli Bukit Tadom oleh Sukarelawan YADIM Kuala Langat
BANTING – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat kekal aktif dengan program menyantuni pelbagai lapisan masyarakat mereka. Terbaharu pada 6 Disember, mereka menyampaikan sumbangan kepada 8 buah keluarga mualaf Orang Asli di Bukit Tadom, di sini yang dikenal pasti memerlukan. Kesemuanya menerima sumbangan barangan keperluan harian untuk meringankan beban mereka. Program ini diketuai […]
Buang tatu secara percuma untuk mualaf
KUALA TERENGGANU – Prihatin dengan masalah yang dihadapi kalangan mualaf, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Terengganu, dengan kerjasama Pusat rawatan kecantikan, Estetika Medispa cawangan Kuala Terengganu di sini menawarkan perkhidmatan pembuangan tatu secara percuma kepada mereka menerusi kaedah laser. Pengerusi Perkim Negeri Terengganu, Prof Dr Ramle Abdullah berkata, keprihatinan dan semangat kebajikan di kalangan […]
Adam Corrie sambut Tahun Baharu Cina
BERGELAR mualaf tidak pernah menjadi halangan buat pelakon, Adam Corrie Lee Abdullah meraikan sambutan Tahun Baharu Cina. Malah, semua ahli keluarganya menerima Adam dan isterinya, Fazema Mohd Fuad dengan hati terbuka. “Saya dan isteri masih balik ke Taiping, Perak untuk sambu Tahun Baharu Cina, setiap tahun. “Biasanya, kita balik sehari atau dua hari awal bergantung […]