SAY Kuala Langat santuni mualaf Orang Asli
SIJANGKANG – Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat meneruskan misinya setiap Jumaat mengagihkan makanan bermasak. Kali ini pada 4 Ogos mereka menyantuni 10 keluarga mualaf Orang Asli di Kampung Sungai Judah, Pulau Carey. Selain makanan, mereka turut menerima barangan keperluan dapur dan sedikit sumbangan wang tunai. Walaupun sekadar sumbangan kecil, namun tanda ingatan kepada penduduk kampung […]
Peluk agama Islam bukan ‘alat’ untuk kepentingan peribadi
KUALA LUMPUR : Golongan mualaf atau saudara baharu yang memeluk agama Islam dinasihatkan untuk tidak menjadikan agama ini sebagai ‘alat’ untuk kepentingan peribadi. Perkara itu ditegaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dalam usaha memastikan kefahaman dan kesucian agama Islam itu tidak dicemari dengan perkara tidak […]
Kunjungan Hidayah Centre Foundation ke YADIM
YADIM menjalin kerjasama dengan pelbagai rakan strategik untuk melestari gerakan dakwahnya. Di Sabah umpamanya, badan dakwah ini bekerjasama erat dengan Hidayah Centre Foundation (HCF) untuk pelbagai tujuan dakwah khususnya menyantuni mualaf. Mengukuhkan lagi kerjasama dan ukhwah itu, HCF hari ini (23 Mac) mengadakan kunjungan ke ibu pejabat YADIM di Putrajaya bagi meninjau lebih banyak peluang […]
Kursus Pemantapan Mualaf Bersiri YADIM Pulau Pinang.
KEPALA BATAS – YADIM Pulau Pinang dengan kerjasama beberapa rakan strategik di negeri ini telah menganjurkan Kursus Pemantapan Mualaf Bersiri bertujuan mengukuhkan pemahaman saudara baharu terhadap Islam. Penganjuran program juga berhasrat memberi kefahaman, pengamalan dan bimbingan kesedaran untuk membentuk keperibadian sahsiah diri muslim yang unggul serta pemantapan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Antara yang terlibat […]
Townhall Dakwah masyarakat majmuk dalam IPT Negeri Kedah
SUNGAI PETANI – Program Dakwah Masyarakat Majmuk telah berlangsung pada 1 Julai 2022 bertempat di Hotel Seri Malaysia, di sini anjuran YADIM Kedah. Program dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation (HCF) negeri Kedah ini dirasmikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria. Turut bersama Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam […]
Kelas Pemantapan Aqidah dan Pengajian Asas Al Quran di IBQ Learning Centre
BAGI memperkasakan agenda dakwah kepada mualaf di Pulau Pinang, diadakan Program Bersiri Kelas Pemantapan Aqidah dan Pengajian Asas Al Quran kepada golongan ini di IBQ Learning Centre di sini pada 18 Jun 2022. Kelas dihadiri mualaf pelbagai bangsa yang turut serta dalam pengajian. Guru Al Quran jemputan bagi program ini Ustaz Ibrahim Jusoh merupakan Guru […]
Muslim Ireland beri sumbangan untuk mualaf
PUTRAJAYA – Komuniti Muslim di Ireland telah menyumbang sejumlah RM5,000 untuk seramai 50 mualaf di negara ini menerusi YADIM. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad dalam program Ceramah Perdana Nuzul Al Quran dan Quran Hour YADIM di Surau An […]
YADIM Kedah bersama gabungan NGO negeri Kedah raikan mualaf sempena IRSYAD 360′
KUBANG PASU – Seramai 32 mualaf dari Changloon, Jitra dan Alor Setar diraikan dalam majlis berbuka puasa di sini hari ini. Program anjuran bersama gabungan sahabat baan bukan kerajaan negeri Kedah antaranya Pusat Kecemerlangan Dakwah Islam (PEACE), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kubang Pasu, Dhuafa’ Sejahtera, Malaysian Indian Reverted Muslims Association (MIRA) negeri Kedah, Majlis […]
Kenyataan Media Isu Anak Anak Puan Loh Siew Hong
YADIM ingin merakamkan kekesalan di atas tindakan dan kenyataan provokatif berterusan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Dr. P. Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan beberapa pemimpin dari parti politik yang sama dengan beliau di atas isu yang melibatkan anak-anak kepada Puan Loh Siew Hong. Kes yang pada asalnya berkaitan dengan hak penjagaan anak-anak Puan […]
Sumbangan SAY Kuala Langat untuk mualaf
TANJUNG SEPAT – Selain anak yatim, golongan miskin dan warga emas, mualaf merupakan kumpulan yang sering disantuni Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat. Program terbaharu bersama mereka ialah pada 30 Januari apabila 15 orang disantuni di sini. Mereka menerima barangan keperluan dapur dan sedikit wang tunai yang disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan […]