Persiapan khemah Malaysia di Arafah, Mina capai 60 peratus
MAKKAH: Ketersediaan khemah bersama kemudahan di Arafah serta Mina untuk keperluan 31,600 jemaah Malaysia menjalani kemuncak ibadah haji menjelang hari wukuf kira-kira dua minggu lagi, sudah mencapai tahap 60 peratus. Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata kerja-kerja berkenaan sedang giat disiapkan syarikat berpangkalan di Makkah, Mashariq Holdings yang memeterai […]
Jemaah Malaysia Dapat Kelebihan, Tapak Penempatan Baharu Di Arafah, Muzdalifah Dan Mina
Makkah – Jemaah Malaysia yang mengerjakan ibadah haji tahun ini bertuah apabila Kerajaan Arab Saudi bukan sahaja memberi penempatan baharu tetapi juga kawasan khemah yang berdekatan dengan masjid, ketika berada di Mina. Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata kelebihan itu boleh dimanfaatkan jemaah haji kerana bukan sahaja boleh solat […]
Rancang bina bandar pintar Mina
MINA – Model baharu pembangunan Mina sebagai bandar pintar termasuk perumahan dan kem akan dibuat sebaik sahaja selesai musim haji tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Haji Pusat Arab Saudi, Putera Khalid Al-Faisal berkata, model pembangunan itu akan siap tahun depan. Pada sidang media bersama 13 wakil wartawan dari pelbagai negara Islam termasuk Malaysia semalam, beliau berkata, […]
TH sedia 60,000 pek makanan untuk jemaah haji di Arafah, Mina
JEDDAH – Sebanyak 60,000 pek makanan disediakan untuk jemaah haji Malaysia ketika ibadah Masyair di Arafah dan Mina minggu depan bagi memudahkan urusan penyediaan makanan, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman. Beliau berkata penyediaan pek ‘makanan sedia dimakan’ itu melibatkan tiga hidangan pada musim haji kali ini iaitu makan […]