YADIM SAMBUT BAIK PELANTIKAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyambut baik pelantikan Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta YB Ahmad Marzuk Shaary sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). YADIM berpandangan pelantikan Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri adalah satu langkah tepat memandangkan beliau […]

Mufti Wilayah Persekutuan dilantik menteri

PUTRAJAYA – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri muncul sebagai mufti pertama di negara ini dilantik menganggotai barisan jemaah Kabinet. Agamawan kelahiran Terengganu itu akan menganggotai barisan Kabinet sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan barisan anggota Kabinet baharu […]

Tiada lagi kuota haji untuk menteri dan Ahli Parlimen

KUANTAN – Kerajaan memutuskan tidak lagi memberi kuota haji khas kepada menteri dan Ahli Parlimen bagi membolehkan lebih ramai rakyat dapat menunaikan ibadah itu pada masa akan datang. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Fuziah Salleh, berkata menjadi amalan kerajaan terdahulu untuk memberikan kuota haji ini kepada ahli politik sehingga mengakibatkan ada […]

Kerajaan kaji kemungkinan semak semula KPI

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang kaji kemungkinan menyemak semula Indeks Prestasi Utama (KPI) untuk kementerian, menteri dan penjawat awam. Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ismail Bakar, berkata ketika ini pihaknya masih pada peringkat perbincangan dan meneroka kemungkinan berhubung perkara itu. “Kita akan tengok prestasi 360 darjah. Kita belum putuskan lagi tetapi meneroka kemungkinan itu,” katanya kepada […]