Kekosongan jemaah haji tolak tawaran sudah dipenuhi
Johor Bahru – Lebih 1,000 kekosongan tempat untuk jemaah haji yang menolak tawaran disebabkan pelbagai faktor, termasuk masalah kesihatan sudah dipenuhkan setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato’ Idris Ahmad. Beliau berkata kekosongan itu telah diberikan keutamaan kepada mereka yang telah disenaraikan untuk mengerjakan ibadah haji pada 2020 dan 2021. “Ia […]
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kembali
Johor Bahru – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan merasmikan pembukaan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar di sini, 12 Jun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, selepas dua tahun tidak dianjurkan, Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang […]
Isu Pertukaran Agama Akan Dibincangkan Bersama Mufti Dan Pakar – Idris Ahmad
Taiping – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan mengadakan rundingan meja bulat bersama para mufti dan pakar undang-undang bagi membincangkan isu syarat pertukaran agama yang hangat diperkatakan ketika ini. Menterinya, Senator Datuk Idris Ahmad berkata, perbincangan yang akan diadakan minggu depan itu juga akan melibatkan pakar akademik. “Insyallah minggu depan saya akan buat perbincangan. […]
Kenyataan Media Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Berkenaan Pelantikan Pengerusi Dan Timbalan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Kuala Lumpur – Bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan dilantik sebagai pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkuat kuasa hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata Mohd Kamal adalah seorang tokoh pemikir Islam yang telah memberikan sumbangan […]
Bantuan kewangan haji diumum selepas kerajaan Arab Saudi umum kos kerjakan haji – Idris
Kuala Lumpur- Bantuan kewangan haji daripada Lembaga Tabung Haji (TH) untuk jemaah yang akan mengerjakan ibadah itu pada tahun ini akan diumumkan selepas kerajaan Arab Saudi mengumumkan kos keseluruhan yang dikehendaki. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata perkara itu akan diumumkan selepas prosedur operasi standard (SOP)negara itu dimuktamadkan. […]
Jemaah diminta patuh arahan ambil dos penggalak
Kuala Nerus – Semua jemaah diminta patuh arahan pengambilan dos penggalak bagi menunaikan ibadah umrah berkuat kuasa 14 Februari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) baharu itu adalah berdasarkan syarat yang ditetapkan pihak kerajaan Arab Saudi. “Kita nak pergi tempat mereka, jadi perlu […]
Tiada cadangan SOP khusus solat tarawih
Putrajaya – Kerajaan tidak bercadang mewujudkan satu prosedur operasi standard (SOP) khusus bagi pelaksanaan solat terawih di masjid serta surau sempena Ramadan tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad. Beliau berkata SOP sedia ada berkaitan pelaksanaan solat berjemaah di masjid dan surau adalah terpakai bagi pelaksanaan solat terawih. “Sekarang […]
PPZ-MAIWP sasar RM852 juta kutipan zakat
PUTRAJAYA – Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyasarkan kutipan kira-kira RM852 juta zakat keseluruhan untuk tahun ini daripada kira-kira 410,000 pembayar zakat. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berkata, angka sasaran itu merupakan peningkatan sehingga sembilan peratus berdasarkan kesedaran pembayar zakat untuk menunaikan tanggungjawab tersebut. Menurutnya, bagaimanapun […]
Larang pakai songkok: Menteri Agama arah TH selesaikan segera
CYBERJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad mengarahkan supaya pihak atasan Tabung Haji (TH) menyelesaikan segera larangan memakai songkok atau kopiah terhadap kakitangannya ketika bertugas. Idris berkata, beliau telah merujuk isu tersebut kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin untuk penjelasan. “Lepas balik daripada solat Isyak dapat […]
Umrah: Menteri Agama gesa siasat pendakwah bebas
PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad menggesa pihak bertanggungjawab untuk menyiasat seorang pendakwah bebas yang mendakwa membawa jemaah tidak lengkap syarat vaksinasi untuk menunaikan umrah. Beliau yang kesal dengan perkara itu berkata kejadian tersebut sepatutnya tidak berlaku kerana antara syarat untuk menunaikan umrah mestilah lengkap divaksinasi dengan vaksin yang […]