Jemaah Menteri tolak cadangan lantik menteri agama bukan Islam

PUCHONG: Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak cadangan supaya portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecah kepada dua. Perdana Menteri berkata, ketika ini memadai dengan menteri dan jawatankuasa sedia ada yang menguruskan hal ehwal Islam serta agama lain. Beliau juga berkata, Jemaah Menteri juga tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan dalam […]
Umat Islam perlu kuasai disiplin ilmu, teroka kejayaan

KUALA LUMPUR – Umat Islam perlu menguasai pelbagai disiplin ilmu untuk meneroka kejayaan dalam lapangan kehidupan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Beliau berkata, dalam mendepani ledakan teknologi maklumat yang semakin mencabar hari ini, umat Islam harus bijak dan peka memanfaatkannya untuk perkara yang menjurus ke arah […]
Malaysia gesa kerajaan Sweden henti tindakan provokatif bakar Al-Quran

KUALA LUMPUR: Malaysia menyeru kerajaan Sweden untuk menghentikan memberi kelulusan kepada tindakan provokatif membakar al-Quran di Stockholm, Sweden, semalam, yang jelas adalah jenayah kebencian dan pelaku harus dipertanggungjawabkan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata Kerajaan Perpaduan amat bimbang dan marah dengan keputusan berulang untuk membenarkan tindakan keji […]
JAKIM sedia perluas fungsi, rentas bidang lebih luas

KUALA LUMPUR: Cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memperluas peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah pengiktirafan bagi fungsi dan peranan semasa jabatan itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata komitmen itu membuktikan Kerajaan Perpaduan dipimpin Anwar memberikan medan lebih luas kepada jabatan berkenaan berperanan dalam […]
Kerajaan pertahan konsep hak asasi Islam, bukan ikut acuan Barat semata-mata

KUALA LUMPUR: Konsep hak asasi manusia yang digunakan dalam dasar kerajaan tidak tertakluk pada nilai yang dibawa oleh negara Barat semata-mata, sebaliknya turut mempertahankan konsep diangkat dalam Islam. Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata Malaysia berpendirian bahawa Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa (UDHR) yang diisytiharkan pada 1948 bukan satu-satunya sumber dan konsep hak […]
Perkasa perpaduan ummah, fokus utama Menteri Agama

PUTRAJAYA – Usaha memperkasakan perpaduan ummah akan menjadi fokus utama dalam bersama-sama ke arah pembangunan negara kata Menteri Agama, Senator Datuk Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar. Beliau berkata ini berikutan situasi kini yang dilihat berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat sekali gus menjadi antara isu besar yang wajar diberi tumpuan dan penyelesaian. “Insya-Allah dengan berkat doa […]
Ketua Hakim Syarie dilantik Menteri Agama

PETALING JAYA – Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dilantik sebagai Menteri Agama. Pelantikan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar di Putrajaya, hari ini. Mohd. Na’im, 55, yang juga merupakan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia antara muka baharu yang dilantik di dalam […]
Malaysia masih menanti keputusan kuota tambahan jemaah haji – Idris

KUANTAN – Malaysia masih menantikan keputusan rayuan kuota haji dari Arab Saudi agar dapat menghantar lebih jemaah haji ke tanah suci pada tahun ini. Menteri (Hal Ehwal Agama) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad berkata, kerajaan mengharapkan perkhabaran yang baik berkenaan permohonan itu sebelum tarikh pernerbangan akhir nanti. “Sehingga kini memang belum ada sebarang […]
YADIM seru umat Islam tidak sertai perayaan yang boleh gugat akidah

Cyberjaya – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), menyeru umat Islam di Malaysia agar tidak meraikan upacara melibatkan agama lain. Menurut Pengarah Kanan di Pejabat Yang Dipertua YADIM, Muhammad Najhan Shahir Halim, upacara sambutan perayaan agama lain yang melibatkan urusan kepercayaan dan aqidah tidak harus bagi umat Islam menyertainya dan terlibat dalam upacara berkenaan. “Hadis diriwayatkan […]
Jangan bertindak balas hina agama lain – Idris

Kuala Lumpur – Umat Islam di Malaysia diminta tidak bertindak menghina agama lain, sebagai tindak balas terhadap dua jurucakap parti pemerintah India yang menghina Islam dan Nabi Muhammad. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berkata umat Islam perlu kekal bertenang dan kekal berpegang pada prinsip Islam yang melarang perbuatan menghina […]