Tawaran Menu Rahmah dijangka meningkat pada Ramadan
KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mensasarkan lebih banyak premis makanan dapat menawarkan Menu Rahmah pada Ramadan yang dijangka hujung bulan ini. Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata berdasarkan sambutan oleh pengusaha pada masa ini, pihaknya menjangka jumlah premis yang menyediakan menu itu bertambah pada Ramadan. Sehingga ini, katanya, sebanyak […]
Pendapatan TH meningkat
KUALA LUMPUR – Tabung Haji (TH) mencatat pendapatan pelaburan RM1.55 bilion dalam tempoh setengah tahun pertama tahun ini disokong oleh pelaburan di pasaran sukuk dan saham. Pelaburan aset pendapatan tetap menyumbang RM1 bilion iaitu 65 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan TH bagi tempoh Januari hingga 30 Jun lalu. Pelaburan hartanah menjana pendapatan RM204.57 juta manakala […]
COVID-19: KKM pantau pelajar tahfiz
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan lebih fokus memantau pelajar tahfiz seluruh negara kerana kes COVID-19 dalam kalangan mereka semakin meningkat, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Ini kerana mereka berkemungkinan mendapat jangkitan COVID-19 daripada jemaah tabligh dan KKM juga sedang melaksanakan saringan ke atas mereka. “Namun ramai antara mereka yang […]
Industri halal kekal berdaya tahan walaupun hadapi tempoh mencabar – HDC
KUALA LUMPUR – Industri Halal terus menunjukkan daya tahan berdasarkan asasnya yang kukuh dalam persekitaran harga minyak mentah semasa yang turun naik dan krisis COVID-19, menurut Halal Development Corporation Bhd (HDC). Ketua Pegawai Eksekutifnya Hairol Ariffein Sahari berkata HDC menyasarkan untuk terus menambah bahagian pasaran Malaysia melalui program strategiknya di tengah-tengah cabaran ini. “Kami melihat […]
Kuota rasmi haji Malaysia kini 31,600
PETALING JAYA – Kuota rasmi haji Malaysia naik lebih 1,000 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Mujahid Yusof Rawa. Perkembangan ini susulan daripada perbincangan mengenai hal ehwal jemaah haji antara Mujahid dan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Mohammed Saleh Taher Benten di Mekah semalam. “Kuota rasmi haji Malaysia naik kepada 31,600 orang berbanding 30,200 […]
Melaka sasar RM120 juta kutipan zakat tahun ini
MELAKA – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Zakat Melaka menyasarkan kutipan zakat RM120 juta tahun ini, kata Ketua Menteri Adly Zahari. Beliau yang juga Pengerusi MAIM berkata sasaran itu dilihat realistik dengan kutipan memberangsangkan lebih RM98.85 juta melebihi sasaran RM95 juta yang dikutip tahun lepas. Katanya kutipan tahun lepas itu juga meningkat lebih 12 […]
LZNK sasar kutipan zakat RM225 juta tahun ini
ALOR SETAR — Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyasarkan kutipan zakat di Kedah, tahun ini mencecah sehingga RM225 juta. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syeikh Zakaria Othman berkata sasaran itu berdasarkan trend kepercayaan orang ramai terhadap institusi itu yang semakin meningkat selepas langkah transformasi pengurusan yang dilakukan sejak tiga tahun lepas. “Saya menjangkakan kutipan zakat tahun ini […]
Tabung Haji catat prestasi kewangan separuh pertama 2019 lebih baik
KUALA LUMPUR – Keuntungan bersih separuh pertama 2019 Lembaga Tabung Haji (TH) meningkat kepada RM815 juta, dengan lebihan aset sebanyak RM1.8 bilion. TH dalam kenyataan hari ini (25 Julai) berkata, prestasi dan kedudukan kewangan yang semakin baik itu dipacu oleh strategi pelaburan yang mampan serta langkah pengurusan kos yang berhemat. “Bagi tempoh enam bulan pertama […]
Muslim Pro Malaysia atasi gergasi teknologi sebagai aplikasi mudah alih utama
KUALA LUMPUR – Muslim Pro, aplikasi mudah alih Islam yang komprehensif, menjadi aplikasi mudah alih yang dimuat turun nombor satu negara pada awal Ramadan, mengatasi gergasi teknologi global seperti Facebook, Whatsapp dan Instagram. Dalam kenyataan hari ini (16 Mei), Muslim Pro Malaysia berkata dengan lebih 70 juta muat turun di lebih 200 negara, penggunaan aplikasi […]
Ekonomi negara cecah RM1.45 trilion
KUALA LUMPUR – Pada tahun 2018, ekonomi Malaysia mencecah RM1.45 trilion pada harga semasa selepas pengasasan semula. Sehubungan itu, Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita mencatatkan RM43,086 pada tahun 2018, kira-kira AS$10,043. Rancangan Malaysia Kesebelas meramalkan PNK per kapita mencapai RM47,720 menjelang 2020. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, pada tahun asas […]