Street Dakwah Pantai Sri Tujuh
MEMANAH Kini merupakan antara sukan yang mempunyai penggemar yang ramai di negara dan semakin berkembang. Mengambil kesempatan itu, YADIM Kelantan pada 11 Februari telah menganjurkan program Street Dakwah di Pantai Sri Tujuh, Tumpat dengan memanah sebagai tarikan utamanya. Ia ternyata menarik perhatian kira kira 50 pengunjung pantai tersebut apatah lagi ia diadakan secara percuma. Bukan […]
Kejohanan memanah YADIM Kedah – SFAM
KUALA KETIL – Memanah bukan semata-mata sukan biasa, sebaliknya ia menjadi sunnah kepada umat Islam untuk mempelajarinya.” Justeru bertempat Ladang Squad Fisabillillah Al Muntaqin (SFAM) Kampung Selarong di sini, seramai 50 peserta telah menyertai kejohanan memanah dianjurkan YADIM Kedah dengan kerjasama Kelab Memanah Squad Fisabilillah Al Muntaqim pada 2 Disember. Kejohanan ini merupakan salah satu […]
AHRAC Selangor C juara Pertandingan Memanah Tradisional YADIM
PUTRAJAYA – Kelab Menunggang Kuda dan Memanah Alternatif (AHRAC) Selangor C muncul juara keseluruhan Pertandingan Memanah Tradisional YADIM yang diadakan di Kelab Menembak Sasaran Shapadu di sini. Unggul mendahului saingan dengan mengutip 423 mata, kelab tersebut membawa pulang Piala Menteri bagi pertandingan memanah yang diadakan sempena Bulan Dakwah 2.0 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ini. Mereka […]
Pertandingan Memanah Tradisional Putrajaya 2019
PUTRAJAYA – Seramai 250 peserta menyertai Pertandingan Memanah Tradisional Putrajaya 2019 pada 28 Disember. Pertandingan itu yang diadakan di lapangan memanah Surau AL Munawwarah, merupakan kali kedua diadakan selepas pertama kali dianjurkan pada 2018. Para peserta terdiri daripada ahli kariah surau Jumaat sekitar Putrajaya, manakala TV Al Hijrah, Masjid Darul Ehsan Subang, Kelab Memanah AL […]
Nik Omar rasmi penutup memanah King’s Cup
PASIR PUTEH – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz pada 30 November telah merasmikan acara penutup kejohanan memanah Terbuka Kelantan King’s Cup di sini. Pertandingan selama dua hari bermula 29 November melibatkan penyertaan seramai 160 peserta dari seluruh negara ini, adalah julung kali diadakan di sini. […]