Wujudkan gerakan dalam media sosial lawan Islamofobia
Gejala ketakutan, prejudis dan kebencian kepada Islam serta penganutnya, iaitu Islamofobia semakin menular di Barat. Sejak peristiwa 9/11, gejala itu kian meningkat hingga Persatuan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengangkat 15 Mac sebagai tarikh melawan Islamofobia. Tentunya umat Islam tidak lupa terhadap tindakan ahli politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan membakar al-Quran […]
Kandungan Lucah: KKD cadang dialog bersama penyedia platform media sosial
Kulai: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bercadang mengadakan sesi dialog bersama penyedia platform media sosial bagi membincangkan peruntukan undang-undang mengenai perkongsian kandungan berunsur lucah di negara ini. Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata, langkah itu bagi memastikan pihak penyedia platform termasuk Telegram, WhatsApp dan Facebook faham serta jelas bahawa perbuatan itu dilarang […]
Jangan terlalu beremosi sehingga rendahkan ilmu disampaikan ulama
ALOR SETAR – Pengguna media sosial diminta tidak melepaskan perasaan atau bersikap terlalu emosi sehingga merendahkan ilmu atau pandangan disampaikan ulama. Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, ini kerana, Allah SWT meletakkan ahli agama dan ulama di tempat yang tinggi serta perlu dihormati masyarakat terutama umat Islam. “Dengan kemudahan media sosial […]
Perhalusi cadangan perketat kandungan media sosial berkaitan liberalisme, murtad
IPOH – Kerajaan sedia bekerjasama dengan kementerian berkaitan bagi memperhalusi cadangan untuk memperketat kandungan yang dimuat naik di media sosial yang kini dilihat menjurus kepada pandangan yang bertentangan dengan ajaran Islam, khususnya dari golongan liberal dan murtad. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri menegaskan pihaknya juga sedia […]
Tak faham pengurusan krisis, media sosial jadi mahkamah
JELAS sekali ancaman dan penularan wabak koronavirus (2019-nCOV) yang berasal dari Wuhan, China mula mencetuskan krisis kemanusiaan di seluruh dunia. Rata-rata masyarakat antarabangsa terutamanya yang menerima kemasukan warga China mula panik dan bimbang. Akhirnya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah mengisytiharkan wabak koronavirus ini sebagai kecemasan kesihatan global. Ironinya, negara kita juga tidak terkecuali apabila […]
Jangan Biarkan Hati Anda ‘DiGodam’
KUALA LUMPUR – Jika anda tertarik dengan tawaran ‘indah’ di laman sosial seperti pekerjaan bergaji tinggi, hadiah lumayan atau mesej peribadi dari lelaki tampan dan kaya yang mahu menumpang kasih sayang, awas! Hati anda sedang ‘digodam’. Sebagai netizen yang menggunakan laman sosial, anda perlu bijaksana agar tidak tergolong dalam ribuan netizen yang menjadi mangsa penipuan […]
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji tidak sebar berita tidak puas hati terhadap Tabung Haji
SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan jemaah haji supaya tidak menyebarkan berita dan ketidakpuasan hati terhadap pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) di media sosial. Sultan Selangor bertitah perbuatan itu hanya akan merumitkan keadaan dan tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi jemaah haji. “Tuan-tuan dan puan-puan harus bersyukur dengan adanya sebuah badan […]
Hukum ‘troll’ haram – Mufti WP
KUALA LUMPUR – Hukum menyindir atau ‘troll’ di media sosial yang menyalahi hukum syarak adalah haram dan berisiko mewujudkan permusuhan dan perbalahan sesama manusia. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata perbuatan troll kini dilihat sebagai situasi membimbangkan kerana ia disebarkan dalam pelbagai konteks termasuk mesej bertulis, klip video pendek dan gambar […]
Usah curah minyak ke dalam api marak
KUALA LUMPUR – Semua pihak dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang bentuk provokasi yang mencetuskan ketegangan, tegas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri. Mengikuti perkembangan insiden yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, beliau berkata masyarakat khususnya di media sosial perlu bertenang dan cuba mengelakkan sebarang tindakan yang membawa kepada situasi konflik lebih […]
Baik buruknya media sosial, kita yang tentukan
Segmen siaran Radio Era yang dikendalikan oleh Sepahtu baru-baru ini agak menarik. Saya selalu begitu. Tidak ‘setia’ pada satu saluran radio sahaja. Saya lebih suka menukar-nukar saluran yang dirasakan ‘enak’ di halwa telinga. Selalunya saluran yang lebih banyak memutarkan lagu ataupun ada topik menarik yang diulas, itulah yang saya pilih. Kalau rasa siaran tersebut agak […]