Kerjasama program YADIM – Kementerian Pendidikan
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan memberikan reaksi positif berhubung cadangan kerjasama program antara mereka dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Menterinya, Yang Berhormat Dr Maszlee Malik ketika ditemui oleh kepimpinan YADIM di pejabatnya di sini hari ini (1 Oktober) pada jam 2.30 petang, menyambut baik cadangan jalinan kerjasama program antara kementeriannya dengan badan dakwah ini. Antara […]
Makanan percuma untuk pelajar mulai 2020
MERBOK – Kementerian Pendidikan akan memastikan setiap pelajar yang hadir ke sekolah pada tahun hadapan akan menikmati makanan percuma sebelum sesi pembelajaran bermula. Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata langkah itu dibuat kerana di sebalik makanan percuma itu, berlaku perkara penting iaitu proses pendidikan sivik dan disiplin dapat diterapkan dalam kalangan pelajar. “Kita bukan sahaja memberi […]
Galak swasta bantu pusat tahfiz
JOHOR BAHRU – Kementerian Pendidikan menyeru pihak swasta untuk bersama dengan pusat tahfiz membawa kepelbagaian kemahiran termasuk pembangunan robotik. Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, keperluan tersebut amat penting demi masa depan para pelajar yang belajar di situ. Menurutnya, ini kerana bidang matematik, sains dan teknologi, rekabentuk dan penguatkuasaan teknologi amat penting dikuasai. “Saya menggalakkan pihak […]
Cadangan perkenal subjek khusus kenali agama lain ditolak
KLUANG – Cadangan Majlis Belia Malaysia (MBM) supaya diperkenalkan satu subjek khusus bagi mengenali agama lain, selain agama Islam di sekolah dan pusat pengajian tinggi (IPT) tidak dipersetujui oleh Kementerian Pendidikan. Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, bagaimanapun beliau konsisten dengan cadangan kementerian sebelum ini yang mahukan setiap sekolah dan universiti lebih kerap mengadakan program rentas […]
Cuaca panas: Sekolah diminta kurangkan aktiviti luar
PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik meminta semua sekolah supaya tidak menganjurkan aktiviti luar ekoran cuaca panas yang melanda negara kini. Beliau berkata, semua aktiviti luar tidak harus dilakukan kini kerana bimbang akan kesihatan pelajar terjejas. “Kita seru kepada sekolah supaya tidak menganjurkan program luar yang kerap kecuali mendung. “Kalau di waktu panas kita […]
RM25 juta tambahan untuk sekolah agama
PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan tambahan RM25 juta untuk kepentingan sekolah agama rakyat dan swasta. Sekolah berpotensi mencapai prestasi tinggi akan diutamakan untuk terima peruntukan berkenaan, kata Menteri Pendidikan Maszlee Malik di majlis penyerahan cek di kementerian tersebut. “Sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan bagi mengenal pasti sekolah yang berpotensi itu. “Kita guna mekanisme untuk menentukan […]
Guru tidak lagi buat kerja kerani
SERDANG – Guru-guru sekolah tidak lagi melakukan kerja-kerja perkeranian yang dikenalpasti menggangu tugas utama mereka sebagai seorang pendidik. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, kementeriannya kini sedang berusaha keras mengembalikan tugas hakiki para guru iaitu mendidik dan mengajar bermula awal tahun ini. Bagi tujuan itu kata beliau, kementerian pendidikan mengatur perancangan jangka masa pendek, pertengahan […]
Saya sudah letak jawatan Presiden UIAM
SIMPANG RENGGAM – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengesahkan beliau sudah meletak jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sejak menandatangani surat peletakan jawatannya. Bagaimanapun Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, tidak menyatakan tarikh khusus bila beliau meletak jawatan termasuk menghantar surat peletakan jawatannya ketika ditanya media. “Ya, saya sudah letak jawatan bila […]
PTPTN perlu masa kaji semula kaedah bayaran balik pinjaman
KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memerlukan tempoh enam hingga 12 bulan bagi mengkaji semula pelaksanaan kaedah baharu bayaran balik pinjaman pendidikan. Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata tempoh itu diperlukan bagi mendapatkan formula baharu kaedah pembayaran pinjaman melalui perbincangan dengan pihak berkepentingan serta mengambil kira maklum […]
Jadikan Malaysia negara membaca menjelang 2030
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan berhasrat untuk menjadikan tempoh masa 10 tahun iaitu dari tahun 2021 sehingga 2030 sebagai Dekad Membaca Kebangsaan. Menterinya Dr Maszlee Malik, berkata ia sebahagian usaha ke arah menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca menjelang 2030. Beliau berkata, kempen itu yang akan dilancarkan tahun depan, bertujuan membentuk masyarakat ilmu bertaraf dunia dengan tumpuan […]