Tukang cuci di Masjid Negara mahir bertutur lima bahasa
KUALA LUMPUR – Bukan tukang cuci biasa, wanita kelahiran Minangkabau, Sumatera, Indonesia ini pernah berkhidmat sebagai pemandu pelancong selama 30 tahun dan mahir bertutur dalam lima bahasa lain. Tidak menyangka video memaparkan Nirmaningsih Mawi, 59, yang bertugas sebagai pencuci di Masjid Negara sedang berinteraksi dengan pelawat dalam bahasa Jepun di premis itu menjadi tular di […]
Kempen Kenali Rasullullah SAW 2021
KUALA LUMPUR – Kempen Kenali Rasullullah SAW 2021 dilancarkan di Masjid Negara pada 15 Oktober. Ia merupakan anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP), Gabungan Dakwah Malaysia (GDM), dan Masjid Negara. Program ini memfokuskan dakwah untuk memperkenalkan Rasulullah SAW kepada masyarakat khasnya golongan bukan Islam dalam negara. Menerusi program […]
Rasai pengalaman berkunjung ke Masjid Negara secara maya
SHAH ALAM – Orang ramai yang tidak dapat berkunjung ke Masjid Negara berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih boleh menikmati lawatan eksklusif ke rumah ibadah itu melalui lawatan virtual 360 darjah melalui kaedah persidangan video. Menerusi kenyataan bersama dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Masjid Negara Malaysia, Islamic Outreach ABIM Centre dan platform teknologi […]
JAKIM anjur solat hajat untuk Palestin di tiga masjid utama
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan solat hajat khusus untuk Palestin di tiga masjid iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Solat hajat itu akan diadakan serentak selepas solat Maghrib esok, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Aziz Jusoh. Beliau berkata, solat hajat itu sebagai menyahut titah […]
Sambutan Maal Hijrah dalam kebiasaan baharu 19 Ogos ini
KUALA LUMPUR – Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020M akan berlangsung dalam majlis ringkas di Masjid Negara pada 19 Ogos ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata sambutan diadakan mengikut kebiasaan baharu dengan jumlah peserta dihadkan selain perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) […]
Masjid Negara laksanakan solat sunat Aidilfitri
KUALA LUMPUR – Masjid Negara akan melaksanakan Solat Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal 1440H/2019 Hijrah, walaupun ia masih dalam proses membaik pulih dan sedang dinaik taraf. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, berkata dewan solat utama masjid itu kini sudah siap sepenuhnya. Katanya, Masjid Negara dengan kerjasama RTM juga […]
Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia
KUALA LUMPUR, 5 Disember – Pencerahan mengenai usaha melahirkan piawaian tadbir urus Islam di Malaysia melalui Indeks Syariah Malaysia kini giat dilaksanakan. Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia yang dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) baru-baru ini bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara telah memberi sedikit sebanyak […]