Belanjawan 2021 bersifat menyeluruh

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2021 yang dibentangkan hari ini disifatkan sebagai menyeluruh dan menyentuh semua lapisan masyarakat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata Belanjawan 2021 itu antara lain mampu membantu mengurangkan beban kos sara hidup terpaksa ditanggung rakyat. Beliau turut berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada […]

RM400 juta jaya Tabung Musa’adah Covid-19

PENGKALAN CHEPA – Kerajaan membelanjakan kira-kira RM400 juta untuk menjayakan Tabung Musa’adah Covid-19 bagi membantu meringankan beban pihak yang terjejas akibat wabak itu. Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, menerusi usaha tersebut banyak pihak mendapat faedahnya. Katanya setakat ini hampir RM400 juta dapat manfaat Musa’adah Covid-19 termasuk program […]

Kerajaan akan putuskan penganjuran sambutan Maal Hijrah dalam masa terdekat

NILAI – Kerajaan akan membuat keputusan sama ada sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/2020 dilaksanakan atau sebaliknya susulan masih terdapat penularan COVID-19. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata perbincangan mengenai perkara itu kini di peringkat akhir dan akan dimuktamadkan kelak. “Caranya mungkin kita hadkan peserta yang […]

Moratorium bersasar manfaat 3 juta rakyat

KUALA LUMPUR- Tindakan kerajaan memperkenalkan Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar bagi rakyat terkesan teruk pasca pandemik Covid-19 bakal memanfaatkan 3 juta rakyat Malaysia. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar ini lebih berfokus khusus untuk mereka yang benar-benar memerlukan. Antaranya adalah individu yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 […]

281 pelajar, 110 keluarga terima manfaat sumbangan RM35,000 Musa’adah Covid-19 YADIM

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 30 Mac melaksanakan sebanyak lima program utama sumbangan untuk mereka yang terjejas dengan musibah Covid-19 yang melanda negara ketika ini. Lima program sumbangan tersebut, yang menelan belanja hampir RM35,000 telah memberi manfaat kepada 110 buah keluarga serta 281 pelajar yang kesemuanya menerima kesan langsung wabak berkenaan dan Perintah […]

Food Bank YaPEIM 2.0 untuk Musaadah Covid-19

KUALA LUMPUR – Prihatin dengan situasi semasa yang melanda negara, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) tampil menyahut seruan bersama-sama agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggerakkan misi #MusaadahCOVID19 selaras dengan keputusan Mesyuarat Pasca Kabinet Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 18 Mac 2020 di Putrajaya. Pengerusi Ahli […]

Enam bulan diskaun bil elektrik mulai 1 April

KUALA LUMPUR – Diskaun bil elektrik akan diberi kepada semua pengguna elektrik bagi tempoh enam bulan bermula 1 April hingga 30 September, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Beliau berkata, pemberian diskaun bil elektrik itu adalah bagi membantu meringankan beban rakyat dalam keadaan ekonomi negara yang mencabar berikutan kesan penularan […]

Food Bank YaPEIM 1.0: Lebih 200,000 orang dijangka terima manfaat

KUALA LUMPUR – Program Food Bank Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malayisa (YaPEIM) 1.0 dijangka akan dapat dimanfaatkan seramai 242,600 orang apabila ia berakhir pada Mac Tahun hadapan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, sehingga kini 18,610 orang di seluruh negara telah pun menerima manfaat ddaripada program itu yang menjadi antara usaha YaPEIM […]

Bina masjid dengan RM10

KUALA LUMPUR – Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan mengalu-alukan orang ramai menghulurkan sumbangan serendah RM10 bagi membina Masjid Jamek Tunku Besar Tampin. Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan dalam kenyataan memberitahu, pembinaan masjid baharu itu memerlukan kos sebanyak RM8 juta untuk disiapkan. “Peluang ini terbuka kepada umat Islam yang ingin berwakaf bersama kami dengan mendirikan masjid demi manfaat […]