Jemaah haji muassasah kekal bayar RM9,980

KUALA LUMPUR – Jemaah haji muassasah kekal membayar RM9,980 bagi musim haji 1441H/2020M daripada kos sebenar haji sebanyak RM22,900. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof berkata, baki RM12,920 bagi setiap jemaah akan ditanggung oleh Lembaga Tabung Haji (TH) bagi kesemua 31,600 orang, menjadikan kos keseluruhan ditanggung TH sebanyak RM408.2 juta. “Ini tidak […]

34 asnaf terima sumbangan YADIM Kedah

ALOR SETAR – Seramai 34 keluarga asnaf terpilih menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Kedah, dalam program Karnival Rahmah Kedah. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawataakuasa Agama, Kesihatan, Luar Bandar dan Badan Bukan Kerajaan Kedah, Yang Berhormat Dato Dr Ismail Salleh dalam satu majlis di sini pada 30 Januari. Kesemua penduduk […]

PDRM sokong hukuman berat pemandu mabuk

SEPANG – POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menyokong keputusan kabinet yang ingin meminda undang-undang dan mengenakan hukuman berat kepada pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya yakin hukuman terhadap pemandu berkenaan perlu ditingkatkan dan ditangani dengan baik. “Jika dilihat di Amerika Syarikat dan negara-negara barat lain […]

Masjid Putra dibuka: Mujahid harap tiada lagi sekatan untuk pelancong

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, setakat ini tiada lagi penutupan membabitkan mana-mana masjid di Wilayah Persekutuan berikutan ancaman wabak 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV). Beliau berkata, isu penutupan Masjid Putra di Putrajaya telah pun selesai dan setakat ini beliau tidak mendengar mana-mana masjid yang turut melakukan penutupan […]

Kerajaan bakal beri cadangan penyelarasan had umur perkahwinan

KUALA LUMPUR -Kerajaan dijangka akan mengeluarkan cadangan penyelarasan had umur perkahwinan pada pertengahan atau hujung tahun ini bagi menyeragamkan undang-udang mengenainya di peringkat Persekutuan dan negeri seterusnya menangani masalah perkahwinan bawah umur. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, cadangan penyelarasan itu dibincangkan oleh kementeriannya melalui jawatankuasa syarak dan sivil. “Kami […]

Masjid Putra dibuka semula kepada pelawat

PUTRAJAYA – Masjid Putra di sini, yang ditutup kepada lawatan pelancong asing sejak Ahad lepas berikutan kebimbangan terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus, dibuka semula pada kira-kira 2 petang pada 30 Januari. Jurucakap pengurusan masjid itu berkata, para petugas masjid akan mengamalkan garis panduan yang telah dikeluarkan Kementerian Kesihatan sebagai langkah keselamatan terhadap jangkitan koronavirus. “Sebelum […]

Selidik maklumat sebelum sebar

KUALA LUMPUR – Rakyat perlu memberi sokongan penuh terhadap langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan bagi mengawal penularan coronavirus baharu (2019-nCoV) di negara ini. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata masyarakat juga diminta mematuhi nasihat pihak berkuasa. Pada masa sama, katanya, masyarakat perlu bersama-sama menjadi ejen membanteras berita palsu yang kebelakangan […]

Malaysia mahu bawa pulang rakyat terkandas di Hubei

PUTRAJAYA – Malaysia mahu membawa pulang rakyat yang sihat yang terkandas di wilayah Hubei, China di mana letaknya bandar Wuhan yang menjadi pusat wabak Coronavirus. Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata perkara itu diputuskan Kabinet hari ini, dan Putrajaya akan berbincang dengan Beijing untuk menjayakan rancangan itu. China mengenakan sekatan perjalanan keluar dari […]

MAIWP cadang memasyarakatkan masjid, santuni pelbagai kaum

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bercadang mengadakan rumah terbuka bagi menyambut perayaan pelbagai kaum di perkarangan masjid terpilih di ibu negara mulai tahun hadapan. Pengerusinya Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee berkata ia sebagai langkah mengeratkan lagi perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan di negara ini, selain menyemai sifat hormat-menghormati dan berkasih […]

JAKIM, SKMM bangun aplikasi Smart Hadith

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membangunkan aplikasi Smart Hadith bagi memudahkan proses semakan dan carian hadis. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Paimuzi Yahya, dalam kenyataannya berkata dengan tema ‘Hadis Sahih di Hujung Jari’ aplikasi itu turut dibangunkan bagi memartabatkan hadis sebagai rujukan kedua selepas al-Quran. “Projek […]