Kedudukan demokrasi Malaysia lebih baik 2019
KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan skor dan kedudukan lebih baik dalam Indeks Demokrasi 2019, selepas berada di kedudukan ke-43 daripada sejumlah 167 negara yang dinilai. Laporan terbaru dikeluarkan Unit Perisikan Ekonomi (EIU) itu menilaikan Malaysia dengan skor 7.16, berbanding 6.88 pada tahun sebelumnya. EIU adalah kumpulan penyelidik dalam syarikat media The Economist yang berpangkalan di […]
Rakyat dibawa pulang dari Wuhan perlu lepasi pemeriksaan 4 fasa
PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia yang terkandas di bandar Wuhan di wilayah Hubei, China dan anggota pasukan misi membawa pulang mereka ke tanahair dikehendaki melepasi pemeriksaan pada setiap fasa misi membawa pulang itu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Dzulkefly pada sidang media menerangkan misi penghantaran itu terbahagi kepada 4 fasa iaitu sebelum berlepas […]
Gerbang Pra Siswa 5.0 Kelantan
PASIR PUTEH – Seramai 81 peserta, terdiri daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia dari seluruh Kelantan menyertai program Gerbang Pra Siswa 5.0 Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY YADIM) Kelantan. Program bermula 30 Januari hingga 1 Februari itu diadakan di Jeram Mengaji Agro Resort, Selising […]
Gerbang Pra-Siswa Peringkat Negeri Sarawak 2020
KUCHING – Seramai 80 orang peserta telah menyertai program Gerbang Pra Siswa (GPS) Peringkat Negeri Sarawak 2020 yang bermula pada 31 Januari hingga 2 Februari bertempat di Yayasan Sarawak di sini. Program ini dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak dengan kerjasama Majlis Pimpinan Negeri, Rakan Siswa YADIM (RSY Sarawak). Ia turut disertai oleh […]
YADIM Sarawak santuni 28 saudara kita di Kampung Gawang Ulu, Kampung Isu Sedia
SIMUNJAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak pada 1 Februari telah menyantuni 28 buah keluarga saudara kita di Kampung Gawang Ulu dan Kampung Isu Sedia di sini. Sumbangan barangan keperluan dapur itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh sempena lawatan kerja beliau ke negeri ini bermula 31 Januari lalu. […]
YADIM sasar tubuh 222 Pasukan SAR seluruh negara
BATU PAHAT – Sebanyak 222 pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) disasar untuk ditubuhkan di seluruh negara tahun ini, kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz. Menurutnya, ketika ini SAR sudahpun memiliki 76 pasukan di seluruh negara dengan kira kira 10,000 ahli. ““SAR ditubuhkan adalah untuk turut […]
Daripada masyarakat kepada masyarakat
AYER KEROH – Penjara Dusun Dato’ Murad di sini mencatat sejarah unik apabila secara rasminya memiliki pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) sendiri. Ia merupakan pasukan SAR pertama yang dianggotai oleh penghuni penjara kategori Orang Dalam Selia (ODS) di negara ini. Menggunakan konsep ‘Dari Masyarakat Kepada Masyarakat’, ia bermatlamat sebagai membina hubungan penghuni dengan masyarakat. Pengarah […]
Tak faham pengurusan krisis, media sosial jadi mahkamah
JELAS sekali ancaman dan penularan wabak koronavirus (2019-nCOV) yang berasal dari Wuhan, China mula mencetuskan krisis kemanusiaan di seluruh dunia. Rata-rata masyarakat antarabangsa terutamanya yang menerima kemasukan warga China mula panik dan bimbang. Akhirnya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah mengisytiharkan wabak koronavirus ini sebagai kecemasan kesihatan global. Ironinya, negara kita juga tidak terkecuali apabila […]
Malaysia sifatkan Pelan Damai Palestin-Israel tidak adil
KUALA LUMPUR – Malaysia sama sekali tidak menerima perjanjian damai antara Israel dan Palestin yang dikenali sebagai “Deal of Century” yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Selasa lalu kerana jelas tidak adil. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menyifatkan perjanjian itu sebagai berat sebelah dan rakyat Palestin mempunyai hak untuk menolaknya. “Palestin, adalah pihak […]
YADIM Johor santuni asnaf Parit Yaani
BATU PAHAT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 31 Januari telah menyampaikan sumbangan kepada 10 keluarga asnaf di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Parit Yaani di sini. Sumbangan barangan keperluan dapur itu disampaikan sendiri oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz dalam program Ziarah Asnaf. Hadir sama ialah […]