YaPEIM laksana konsep At-Tawarruq dalam produk Ar Rahnu
KUALA LUMPUR – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) mengumumkan pelaksanaan konsep At-Tawarruq melalui penawaran produk Ar Rahnu Prestij (tujuan umum), Ar Rahnu Bisnes (modal perniagaan), Ar Rahnu Emas (pemilik emas YaPEIM Gold) dan Ar Rahnu Didik (tunai untuk pendidikan) mulai 7 Februari. Pelaksanaan itu tidak melibatkan sebarang kos tambahan dan dilaksanakan mengikut Piawaian Prosedur […]
Kerjasama pendidikan YADIM – Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
KAJANG – Selain dakwah, pendidikan merupakan bidang yang diberi keutamaan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sebagai teras kepada program programnya. Sebagai salah satu usaha mencapai hasrat dan teras itu, YADIM pada 7 Februari telah melakukan lawatan kerja ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di sini bagi meninjau sebarang peluang untuk bekerjasama dalam bidang […]
Kembara Rahmah YADIM diperluas ke seluruh negara
MARAN – Program Kembara Rahmah akan diperluas ke seluruh negara, kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz. Pengisian program itu nanti jelas beliau, antaranya akan memberi penerangan tentang konsep rahmah dan gagasan Rahmatan Lil Alamin yang kini giat diketengahkan kerajaan. “Masyarakat di negara ini yang terdiri […]
Kembara Malaysia Rahmah Daerah Maran 2020
MARAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Maran, Pejabat Agama Daerah Maran dan pimpinan masyarakat setempat pada 6 Februari telah menganjurkan program Kembara Malaysia Rahmah Daerah Maran 2020. Objektif pelaksanaan program ini ialah untuk membina hubungan masyarakat Islam dan bukan Islam kepada hidup yang lebih harmoni disamping memberi bantuan kepada […]
Urusan 9 juta pendeposit di hujung jari dengan THiJARI
KUALA LUMPUR – Lebih sembilan juta pendeposit di Lembaga Tabung Haji (TH) kini boleh memanfaatkan platform perkhidmatan digital dalam talian di laman web THiJARI yang dilancarkan pada 5 Februari. Pengarah Urusan Kumpulan TH, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata, THiJARI yang telah selesai proses penambahbaikan akan lebih menjimatkan kos, sekali gus memberi kemudahan kepada para […]
MAIWP harap konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ diperluas ke negara Komanwel
KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berhasrat meluaskan pemahaman konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ (rahmat untuk semua) di peringkat antarabangsa, khususnya dalam kalangan negara Komanwel. Pengerusi MAIWP Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee berkata pihaknya akan mengambil kesempatan mengetengahkan perkara itu ketika lawatan kerja Setiausaha Agung Komanwel Patricia Scotland ke Malaysia pada 9 hingga […]
Wakil WHO puji tindakan Malaysia tangani coronavirus
KUALA LUMPUR – Seorang pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memuji tindakan pihak berkuasa Malaysia dalam mengurus dan membendung penularan jangkitan novel Coronavirus 2019 (2019-nCoV). Wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura, Dr Lo Ying-Ru, berkata kerajaan negara ini cemerlang dalam melakukan siasatan kesnya selain telus berkongsi perkembangan terkini bukan hanya kepada WHO tetapi juga […]
Sidang bincang Baitulmaqdis sasar penyertaan 700 MP, NGO seluruh dunia
PETALING JAYA – Persidangan Liga Ahli Parlimen Untuk Al-Quds (LP4Q) yang akan berlangsung pada 8 dan 9 Februari ini menyasarkan penglibatan 700 anggota parlimen dan NGO seluruh dunia. Pengerusi LP4Q Syed Ibrahim Syed Noh berkata, persidangan kali ketiga ini merupakan acara penting susulan pelan damai Timur Tengah yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan […]
Imran Khan kagum toleransi, keharmonian sesama agama di Malaysia
PETALING JAYA – Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan menyatakan rasa kagum dengan transformasi pembaharuan yang membabitkan rakyat berbilang kaun dan agama di Malaysia. Kata Imran, transformasi yang dibawa Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengubah takdir dan gaya hidup rakyat di negara yang hidup dalam suasana aman dan harmoni serta bertolak ansur. “Mahathir adalah contoh pemimpin […]
Sultan Kedah saran potongan gaji bagi zakat pendapatan di Kedah
ALOR SETAR – Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada 4 Februari bertitah menyarankan supaya semua ketua jabatan di agensi kerajaan dan swasta di negeri ini melaksanakan potongan gaji untuk zakat pendapatan bagi setiap kakitangan mereka. Baginda turut bertitah agar setiap individu, agensi dan syarikat korporat yang berkerja dan beroperasi di Kedah, […]