Makanan percuma untuk pelajar mulai 2020

MERBOK – Kementerian Pendidikan akan memastikan setiap pelajar yang hadir ke sekolah pada tahun hadapan akan menikmati makanan percuma sebelum sesi pembelajaran bermula. Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata langkah itu dibuat kerana di sebalik makanan percuma itu, berlaku perkara penting iaitu proses pendidikan sivik dan disiplin dapat diterapkan dalam kalangan pelajar. “Kita bukan sahaja memberi […]

Mari adakan program di Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR – “Wilayah Persekutuan amat dahagakan program program kemasyarakatan seperti yang anda lakukan hari ini. “Saya menyeru ketua ketua dan pengerusi pertubuhan atau badan badan bukan kerajaan (NGO) untuk tampil sama sama anjurkan pelbagai program di Wilayah Persekutuan,”ujar Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Yang Berhormat Datuk Dr Shahruddin Mohd Salleh. Beliau berkata demikian ketika merasmikan […]

MAWAR seru ibu bapa bentuk semangat perwira merdeka anak lelaki

KOTA BHARU – Menjelang sambutan Hari Kebangsaan negara 31 Ogos nanti, ibu bapa dan guru digesa mengambil kesempatan mendidik anak terutama lelaki dengan semangat keperwiraan bagi menyuntik semangat patriotisme, kata Pengerusi Majlis Perundingan Wanita Rahmah – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (MAWAR-YADIM), Dr Hafidzah Mustakim. Beliau berkata bagi membentuk semangat keperwiraan, anak lelaki perlu diberikan tugasan […]

Sukarelawan Eksplorasi Kota Kami Prihatin

KUALA LUMPUR – Membanteras masalah sosial terutamanya gejala dadah memerlukan usaha berterusan dan konsisten, selain kerjasama pelbagai agensi. Menyedari hakikat itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 24 Ogos telah menyertai program berbentuk ‘Street Dakwah’, iaitu acara ‘Sukarelawan Eksplorasi Kota Kami Prihatin’ yang bertujuan menyantuhi beberapa golongan seperti gelandangan, penagih dadah, remaja berisiko dan sebagainya. […]

Tiada keperluan perkenal akta baharu berkaitan halal

PARIT BUNTAR – Tiada keperluan untuk menggubal akta baharu berkaitan pensijilan halal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. Beliau berkata ini kerana terdapat akta sedia ada bagi mengawal penggunaan label pensijilan logo halal ke atas pembekalan produk, sama ada makanan atau perubatan kepada pengguna di bawah Kementerian Perdagangan Dalam […]

Tahniah Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd. Awal

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Wanita Rahmah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (MAWAR-YADIM) mengucapkan syabas dan tahniah kepada Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd. Awal, 58, Pensyarah Undang-undang Universiti Universiti Kebangsaan Malaysia atas perlantikan sebagai Pesuruhjaya Kanak-kanak bagi sesi tahun ini hingga 2022. Kami turut berbangga dengan perlantikan mantan Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia MPWIM-YADIM ( […]

Arab Saudi rawat 649,690 jemaah haji

RIYADH- Kementerian Kesihatan mendedahkan hampir 650,000 jemaah haji tahun ini menerima perkhidmatan rawatan khusus yang disediakan hospital dan pusat perubatan di Makkah, Madinah dan beberapa lagi kota utama sepanjang musim haji. Kementerian itu berkata, jumlah jemaah yang menerima rawatan di hospital dan pusat kesihatan mencecah 649,690. Jumlah kakitangan Kementerian Kesihatan yang memberi perkhidmatan kepada jemaah […]

Lebih 7,000 dijangka jayakan Malaysia #QuranHour 2019

PUTRAJAYA – Lebih 7,000 dijangka menjayakan program Malaysia #QuranHour 2019 yang buat julung kalinya diadakan di Masjid Putra dekat sini pada 30 Ogos ini. Program anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas masuk tahun kelima penganjuran dengan tema ‘Bangsa Berbudi dan Penyayang.’ Pada tahun ini, Malaysia #QuranHour memilih surah al-Kahfi […]

Hasyudeen dilantik Pengarah Urusan Kumpulan TH baharu

PUTRAJAYA – Tokoh korporat dan akauntan bertauliah, Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) berkuat kuasa pada 1 September ini. Pelantikan itu dibuat bagi menggantikan Datuk Seri Zukri Samat yang menamatkan kontrak perkhidmatannya lebih awal atas faktor kesihatan selepas menyumbang lebih setahun di institusi kewangan […]

Dakwah santai Prodaksi di Pulau Mabul

SEMPORNA – Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) serta agensi agensi agama yang terlibat dengan Program Dakwah Kawasan Operasi (Prodaksi) meneruskan program mereka ke Pulau Mabul di sini, pada hari kelima program (22 Ogos). Selepas memulakan perjalanan menaiki bot selama sejam ke pulau berkenaan, pasukan Prodaksi tiba di sana pada jam 9 pagi dan disambut mesra […]