Mujahid lancar Rakan Siswa YADIM Institut Pendidikan Guru

BANGI – Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY) untuk institut pendidikan guru (IPG) telah dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Pendana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf di sini pada 27 Ogos. Pelancaran berkenaan adalah untuk IPG Kampus Pendidikan Islam, IPG Kampus Bahasa Melayu, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, IPG Kampus Ilmu Khas dan […]

Diskusi Pelan Pembangunan Dakwah Siri 2

PUTRAJAYA – Sesi perbincangan bagi membina kerangka Pelan Pembangunan Dakwah Negara diteruskan dengan siri kedua pada 26 Ogos lalu. Ia telah dihadiri oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan pimpinan tiga entiti di bawah YADIM iaitu Nadwah Ulama Islam Malaysia (NUIM), Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) dan Majlis Perunding Wanita […]

5,000 aduan berkaitan hina agama, Nabi diadu ke PDRM, SKMM 

BANGI – Kira-kira 5,000 aduan berkaitan penulisan atau provokasi bersifat menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW yang diterima melalui unit pemantau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah dirujuk kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata ia adalah sebahagian daripada puluhan ribu aduan yang […]

Henti ambil kesempatan berkaitan Zakir Naik

BANGI – Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini menggesa pihak-pihak tertentu supaya berhenti mempolitikkan dan mengambil kesempatan atas isu pendakwah bebas, Dr Zakir Naik. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menegaskan ia seharusnya dihentikan, agar dapat menamatkan segala naratif lain yang mampu mencetuskan sentimen perkauman dan agama. “Jangan guna kesempatan untuk ambil kepentingan […]

Mahkamah tolak permohonan Sisters in Islam batal fatwa Selangor

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Sisters in Islam (SIS) untuk mencabar fatwa yang dikeluarkan pihak berkuasa agama Selangor terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dalam kes yang difailkan lima tahun lalu. Hakim Nordin Hassan berkata, Jawatankuasa Fatwa Selangor mengeluarkan fatwa berkenaan berlandaskan enakmen negeri itu. “Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan perkara berkaitan undang-undang […]

Raikan kepelbagaian

BANGI – Kepelbagaian kaum, budaya dan agama seharusnya diraikan semua kerana ia mempunyai nikmat besar yang dikurniakan kepada negara ini. Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin berkata, kepelbagaian di negara ini pada masa yang sama perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh semua pihak. “Bagi pendakwah, ianya adalah peluang untuk menambah […]

Penerbangan MH8311 dari Jeddah lewat kerana isu teknikal

KUALA LUMPUR – Penerbangan MH8311 dikendalikan oleh Amal by Malaysia Airlines, cabang penerbangan haji dan umrah Malaysia Airlines, yang dijadual berlepas dari Jeddah jam 1.10 pagi Sabtu lalu ke Kuala Lumpur, mengalami kelewatan berpanjangan disebabkan isu teknikal dihadapi pesawat A380-800 yang mengendalikan penerbangan. Malaysia Airlines Berhad (MAB), dalam satu kenyataan hari ini, berkata masalah itu […]

Mujahid umum tabung kebajikan guru KAFA RM2.6 juta

BANGI – Guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang menghadapi masalah kewangan dan kekangan akan dibantu menerusi tabung kebajikan. Mengumumkannya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, jumlah keseluruhan tabung itu adalah RM2.6 juta dan akan diagihkan ke seluruh negara mengikut jumlah guru-guru KAFA setiap negeri. Insiatif itu merupakan penghargaan kepada golongan pendidik agama tersebut, […]

Kunjung Hormat Dekan Maahad Al-Azhar Al-Syarif, Gaza, Palestin

PUTRAJAYA – Dekan Maahad Al-Azhar Al-Syarif yang terletak di Gaza, Palestin, iaitu Yang Berbahagia Prof Dr. Emad Yaakob hari ini (26 Ogos) telah melakukan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di pejabatnya di sini. Beliau dalam pertemuan dengan Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz selama 20 minit itu telah […]

Peduli Remaja Orang Asli Perak bersama YADIM

SUNGAI SIPUT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perak terus komited menyantuni saudara saudara Orang Asli di negeri ini. Terbaharu, satu program motivasi pelajar orang Asli telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Rakyat Orang Asli Nurul Hidayah di sini pada 24 Ogos. Program yang diadakan dengan kerjasama Pusat Latihan Dakwah Orang Asli Perak ini mempunyai […]