Mujahid lancar Minggu Jawi esok

PUTRAJAYA – Satu program memperkasakan penggunaan tulisan Jawi akan dilancarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf esok (4 September) di Kompleks Islam Putrajaya di sini. Dalam program yang dikenali sebagai Minggu Jawi itu, kakitangan agensi agama Islam Persekutuan di bawah beliau akan memakai tanda nama Jawi sebagai tanda sokongan […]

Umat Islam disaran kikis sikap bergantung kepada bantuan

PHNOM PENH – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarankan umat Islam untuk mengikis sikap, yang hanya mahu bergantung kepada bantuan dan pertolongan pihak lain. Beliau berkata, umat Islam seharusnya menyemai amalan rajin, beramanah dan cekap, untuk memperkukuhkan taraf sosial ekonomi dalam kalangan umat Islam. “Kita amat sedih kerana di mana-mana sahaja, kita dapati terdapat […]

Betul boleh masuk masjid?

KULIM – “Betulkah boleh masuk masjid, bukan hanya untuk orang Islam saja? “Bertahun tahun kami duduk di sini, ini pertama kali dapat jemputan seperti ini,” kata seorang penduduk bukan Islam di sini apabila diajak menyertai program Street Dakwah & Mosque Tour anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah. Sebahagian komuniti bukan Muslim di kawasan ini […]

Program Khidmat Bakti SAR  Kuala Langat

SIJANGKANG – Pasukan Sukarelawan Ar Rahmah (SAR) Kuala Langat meneruskan program berbentuk khidmat sosial mereka apabila terbaharu mengadakan dua program sempena Hari Kebangsaan. Program Khidmat Bakti Ziarah Kasih dan Sumbangan ini bertujuan menyantuni golongan kurang bernasib baik di sekitar daerah Kuala Langat. Seawal jam 8 pagi pada 31 Ogos lalu, ahli ahli SAR Kuala Langat, […]

Sultan Kedah sokong konsep Negara Rahmah

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah baginda menyokong usaha kerajaan untuk memperkenalkan konsep Negara Rahmah khususnya melalui pendekatan Rahmatan Lil ‘Alamin dan Maqasid Syariah berteraskan ajaran Islam sebenar sejajar tema Maal Hijrah, Negara Rahmah Ummah Sejahtera tahun ini. Sultan Sallehuddin bertitah bahawa Negara Rahmah harus meliputi agenda reformasi […]

Produk halal Malaysia dapat permintaan tinggi di India

BENGALURU – Produk halal Malaysia, terutamanya barangan kosmetik dan penjagaan peribadi mendapat permintaan tinggi di India meskipun pertumbuhan jualan yang perlahan pada 2018, kata Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC). Pengurus Bahagian Antarabangsanya, Mohammad Shukur Sugumaran berkata, pengimport India menunjukkan minat tinggi untuk mendapatkan produk tersebut dari Malaysia berikutan kesedaran yang semakin meningkat untuk […]

Program Merdekakan Dirimu: Hentikan Keganasan Rumah Tangga untuk wanita Tumpat

TUMPAT – Sempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah menganjurkan sebuah program khusus untuk kesedaran wanita tentang keganasan. Program bertajuk Merdekakan Dirimu: Hentikan Keganasan Rumah Tangga diadakan dengan kerjasama Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) dan Pertubuhan Cakna Rakyat Tumpat Kelantan pada 31 Ogos. Seramai 150 peserta dari masyarakat […]

Keputusan Pertandingan Rekacipta Logo MAWAR-YADIM

PUTRAJAYA – Selepas penelitian secara terperinci, Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), telah membuat keputusan berhubung Pertandingan Rekacipta Logo MAWAR-YADIM. Para pemenang telah dipilih oleh ahli panel MAWAR secara telus tanpa dipengaruhi mana mana pihak. Satu majlis rasmi bagi menyerahkan hadiah kepada para pemenang dan pengumuman logo akan diadakan dalam […]

Terap konsep rahmah dalam masyarakat berbilang kaum

TUMPAT – Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bertitah menyeru agar semua pihak menghayati dan meneladani konsep ‘Rahmah’ dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk hari ini. Baginda bertitah sikap ‘Rahmah’ juga harus diterapkan dalam semua elemen kehidupan merangkumi kebajikan rakyat berbilang kaum, pembelaan golongan wanita, kanak-kanak, warga emas, golongan fakir dan miskin, anak yatim, mualaf, orang kelainan […]

Johor guna tulisan jawi dalam semua urusan agama Islam tahun depan

JOHOR BAHRU – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan menggunakan tulisan jawi dalam segala urusan surat menyurat mereka pada tahun hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, pelaksanaan berkuatkuasa 1 Januari itu akan melibatkan kesemua anak syarikat di […]