Mufti Selangor nafi gesa boikot Mydin
PETALING JAYA – Mufti Selangor, Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Mohd Tamyes Abd Wahid menafikan dakwaan beliau menggesa orang Islam supaya memboikot syarikat Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin). Beliau berkata, perkara itu tidak benar, tetapi enggan mengulas lanjut. “Itu tidak benar,” katanya ringkas ketika dihubungi FMT. Sebelum ini tersebar di media sosial melalui aplikasi WhatApps […]
Pelekat khas langkah elak Al-Quran tak cukup syarat, kata KDN
PETALING JAYA – Pelekat hologram khas pada nashkah Al-Quran dalam teks bahasa Arab yang asal salah satu usaha membendung kemasukan kitab import yang mengandungi kesilapan, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN). KDN menjelaskan pelekat itu bertujuan mengekang lambakan Al-Quran import yang tidak menepati penulisan yang ditetapkan di Malaysia dan tidak mendapat perakuan “betul” pruf akhir teks […]
Projek pendidikan masyarakat Muslim Selatan Thailand
SONGKHLA – Sebagai salah satu usaha memperkasa peranan MABIMS, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan perbincangan dengan Konsulat Malaysia di sini serta pihak berkuasa Majlis Agama Islam Thailand. Pertemuan berkenaan pada 4 September itu, antara lain membincangkan mengenai bidang kerjasama yang akan diperluaskan MABIMS dalam aspek pendidikan di wilayah Selatan Thailand. Dalam pertemuan di […]
PGSM wujud jawatankuasa baharu
KUALA LUMPUR – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mewujudkan jawatankuasa baharu bagi melaksana perkara-perkara ke arah merealisasikan penguatkuasaan Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019. Presidennya, Musa Awang berkata, jawatankuasa bagi menguatkuasakan Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 (Akta PGS 2019) diwujudkan berikutan amanah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof. […]
Syor tulisan Jawi digunakan semua
PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf mencadangkan semua pihak untuk mengguna dan menyemarakkan penggunaan tulisan Jawi dalam sebarang urusan mereka. Menurutnya, tulisan berkenaan adalah satu warisan negara yang perlu dipelihara selain bertujuan mengembalikan sejarah warisan negara, kerana ianya adalah perantara rasmi sebelum ini. “Malah kita pernah utus […]
Wali perlu bela isteri terabai, daif
TIDAK cakna undang-undang keluarga Islam antara punca ramai isteri hidup menderita dan buntu dalam mencari jalan keluar bagi menyelesaikan konflik dihadapi dalam rumah tangga. Akhirnya, ada yang memilih jalan perceraian hanya kerana masalah atau isu remeh, bahkan ada wanita tidak berani ke depan, sebaliknya membiarkan diri terus teraniaya kerana perbuatan suami tidak bertanggungjawab. Hal ini […]
Kunjungan muhibah Dr Zakir Naik
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 4 September menerima kunjungan muhibah daripada pakar dan penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik ke ibu pejabatnya di sini. Dalam kunjungan selama sejam bermula jam 8.30 pagi itu, YADIM yang diwakili Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz bertukar pandangan dengan beliau mengenai pelbagai perkara, […]
Usahawan Mee Mahu Kembang Perniagaan Ke Tanah Suci
Walaupun didiagnos dengan penyakit sakit tulang belakang yang teruk (Degenerative Lumber Prolapse) pada 1995 namun Md Sabidi Abdullah, 70, berjaya membuktikan kesakitan dan faktor umur bukanlah penghalang untuk beliau menjadi usahawan yang berjaya. Md Sabidi yang kini mengusahakan restoran Mee Masjid bersebelahan Masjid Firdaus, Segambut dengan dibantu oleh dua orang anak lelakinya sejak 2010 itu […]
Sesi ramah mesra MAWAR dan NGO
PUTRAJAYA – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) akan mengadakan Majlis Muafakat MAWAR-YADIM Bersama NGO Wanita Islam pada 11 September ini bermula pukul 8.30 PAGI hingga 1.00 petang bertempat di Bangi Convention Centre (BCC) Bandar Baru Bangi. Tujuan program ini diadakan adalah sebagai satu sesi ramah mesra di antara MAWAR-YADIM dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Wanita […]
Forum Antarabangsa Pemikiran Islam (I-FIT) jadi acara tahunan
PUTRAJAYA – Kerajaan akan menjadikan Forum Antarabangsa Pemikiran Islam – International Forum on Islamic Thought (I-FIT), sebuah acara tahunan sebagai salah satu usaha percambahan pemikiran isu isu berkaitan Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf berkata, forum itu akan digunakan sebagai platform untuk membincangkan isu isu semasa berkaitan Islam […]