Forum Perdana sempena Maal Hijrah

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Penjara Dusun Dato’ Murad, Melaka, Kerajaan Negeri Melaka, Majlis Islam Melaka dan Jabatan Agama Islam Melaka akan menganjurkan Forum Perdana pada 12 September bertempat di Dewan Kompleks KDN Ayer Keroh Melaka. Forum Perdana berkenaan akan membawa tajuk `Hijrah, Ke mana dan Apa Yang Perlu Diisi?’ diadakan […]

Arab Saudi mansuh yuran visa umrah berulang

JEDDAH – Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan perintah diraja yang menstruktur semula visa lawatan, haji dan umrah ke negara pentadbiran diraja itu termasuk pembatalan yuran mengerjakan umrah berulang. Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Mohammad Salih Bentin, mengucapkan terima kasih kepada Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed Salman kerana mengeluarkan keputusan berkenaan. “Dekri diraja adalah […]

Jakim anjur solat Istisqa malam ini

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui masjid-masjid utama di bawahnya iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya akan mengadakan solat sunat Istisqa selepas solat Isyak pada malam ini (9 September). Solat itu memohon hujan dan mengurangkan masalah jerebu yang melanda beberapa kawasan di Malaysia sekarang. Ketua Pengarahnya, […]

YaPEIM peruntuk RM4 juta untuk Program Foodbank 1.0

KUANTAN – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyediakan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi melaksanakan Program Foodbank 1.0 di seluruh negara, sepanjang tahun ini. Program itu adalah antara pendekatan yayasan berkenaan membantu meringankan bebanan ditanggung golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) yang sudah dikenalpasti. Pemangku Ketua […]

JAKIM perlu kekal peneraju halal

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) optimis akan terus menerajui pengurusan halal di Malaysia demi memastikan nama JAKIM khususnya dan negara amnya dihormati dan dicontohi di peringkat global. Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, berkata pihaknya juga komited untuk memastikan pengurusan halal yang diterajui JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) terus berkembang […]

Penyokong Harimau Malaya dinasihat berakhlak baik

KUALA LUMPUR – Seluruh penyokong pasukan bola sepak kebangsaan dinasihatkan untuk berakhlak baik apabila Malaysia menjadi tuan rumah pada perlawanan seterusnya bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengingatkan, ketinggian akhlak yang ditampilkan itu nanti dapat mencerminkan ketinggian mentaliti rakyat negara ini yang berkelas tinggi […]

Kunjung hormat kepada Gabenor Narathiwat

NARATHIWAT – Hasrat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk menjalin kerjasama di wilayah ini mendapat reaksi positif pihak berkuasanya. Gabenor Narathiwat Tuan Yang Terutama Ekkarat Leesen berkata pihaknya membuka ruang kerjasama terutamanya dalam pembangunan modal insan masyarakat di wilayah berkenaan. Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat delegasi YADIM di pejabatnya pada 5 September. Mewakili […]

Kembara Rahmah Maal Hijrah YADIM Johor

JOHOR BAHRU – Mengambil semangat tahun baharu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor telah mengadakan Program Kembara Rahmah Maal Hijrah 1441H pada 5 September. Seperti namanya, ianya berkonsepkan kembara dengan program diadakan di tiga tempat di sekitar bandar raya ini. Program ini mempunyai objektif untuk memberi kefahaman dan penghayatan mengenai gagasan Rahmatan Lil Alamin kepada […]

60% MNC, bukan bumiputera mohon sijil halal Jakim

KUALA LUMPUR – Sebanyak 60 peratus syarikat multinasional (MNC) dan bukan bumiputera telah memohon sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi produk dan perkhidmatan mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof. Menurut beliau, namun ramai usahawan bumiputera Islam di negara ini yang masih belum mendapatkan sijil halal Jakim dan […]

Kementerian Luar Malaysia, India tak bincang isu ekstradisi Zakir Naik

PETALING JAYA – Tiada sebarang perbincangan di peringkat Kementerian Luar India dan Malaysia untuk mengekstradisi pendakwah Dr Zakir Naik ke negara itu, kata Dato’ Saifuddin Abdullah. Menteri luar itu berkata, buat masa ini, New Delhi hanya menghantar nota diplomatik untuk memohon Naik diekstradisi ke India dan isu itu tidak menjejaskan hubungan dua hala. Mengenai perbincangan […]