Sijil halal masih dibawah bidang kuasa Jakim
KUALA LUMPUR – Dakwaan segelintir pihak kononnya pensijilan logo halal kini berada dalam bidang kuasa Kementerian Kewangan bukan sahaja berunsur fitnah, malah perkara itu salah dan menyeleweng. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, perkara itu masih kekal berada di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Menurutnya, menerusi Bahagian Pengurusan Halal, […]
Simpulan Kasih Orang Asli Langkap Dangi
JOHOL – Bertempat di Kampung Langkap Dangi, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan berkampung selama tiga hari di sini bermula 8 September lalu menerusi program Simpulan Kasih Orang Asli. Program ini yang bertujuan mendekati penduduk Orang Asli di kawasan berkenaan, merupakan anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, YADIM, Jabatan Kemajuan Islam […]
Ziarah Rahmah Kampung Bumbok
PADAWAN – Seramai 80 orang komuniti Bidayuh di Kampung Bumbok di sini disantuni oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak, dalam satu program bersama mereka di sini hari ini (14 September). Program YADIM Peduli: Ziarah Rahmah di Kampung Bumbok itu bertujuan menyantuni dan meraikan penduduk di kawasan berkenaan, khususnya masyarakat Muslim dari kaum Bidayuh yang […]
Muhyiddin arah IGP jangan kompromi lagi tangani isu kaum, agama
MUAR – Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menimbulkan atau menyebar isu perkauman dan keagamaan melalui media sosial, kata Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh berkata perbuatan seumpama itu bukan sahaja akan memecahbelahkan perpaduan kaum, malah boleh memberi ancaman besar terhadap keselamatan negara. “Saya mahu bagi amaran, […]
Mesej rahmah di padang futsal
PADAWAN- Siri program Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di negeri ini pada 13 September diteruskan dengan aktiviti di padang futsal. Program ramah mesra ini diadakan dengan ahli ahli badan bukan kerajaan (NGO) Ikatan Muhibah Permuafakatan Islam Sarawak (IMPISS) di Smart Futsal Jalan Matang di sini. Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin, dalam […]
“Ada orang main-main”
KUALA LUMPUR – Konsep Rahmatan Lil al-Amin akan diteruskan walaupun gagasan yang dibawa kerajaan itu dipermainkan oleh pelbagai pihak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, beliau hairan apabila konsep itu dipersendakan dengan berbagai-bagai jolokan. Tegasnya, bagaimanapun beliau akan terus memperjuangkan konsep tersebut seperti yang dituntut dalam Islam. “Ada orang main-main […]
Kunjungan ke Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak
KUCHING – Sempena siri program di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 13 September telah melakukan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak. Diketuai Timbalan Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin, delegasi YADIM meluangkan masa hampir setengah jam bertemu Datu Haji Misnu Haji Taha di pejabatnya di sini. Hadir sama ialah Pengarah […]
475 jemaah haji terakhir selamat pulang
KUALA LUMPUR – Kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia seramai 475 orang selamat pulang ke tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini pada 4.10 pagi tadi (13 September). Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi kenyataan hari ini memberitahu, keseluruhan seramai 30,173 jemaah haji Malaysia selamat pulang, manakala 24 jemaah haji telah meninggal […]
Empat individu menghina Islam dan Nabi di reman
KUALA LUMPUR – Kesemua individu terlibat yang mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW serta muatnaik rakaman video mengaibkan dengan niat untuk mencetus rusuhan antara kaum ditahan di empat lokasi berasingan sekitar Lembah Klang dan Seremban. Sebanyak empat individu termasuk seorang wanita terbabit dalam kes berkenaan dan kesemua mereka ditahan oleh Unit Siasatan […]
Ucapan Tahniah Panel Isu-Isu Semasa Wanita Islam (PISWI)
PUTRAJAYA – Majlis Perunding Wanita Rahmah – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (MAWAR – YADIM) mengucapkan syabas dan tahniah kepada barisan Ahli Panel Isu-Isu Semasa Wanita Islam (PISWI) yang menerima watikah perlantikan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Seri Mujahid Rawa pada 11 September, bertempat di Kompleks Islam Putrajaya. MAWAR percaya barisan panel yang […]