Masjid disaran adakan solat sunat istisqa selepas solat Jumaat
KUALA LUMPUR – Semua masjid di seluruh negara disaran melaksanakan solat sunat Istisqa selepas menunaikan solat Jumaat bagi memohon doa diturunkan hujan supaya masalah jerebu dapat dikurangkan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata sebagai seorang Muslim, setiap umat Islam perlu berdoa supaya segala masalah dan musibah dikurangkan. “Oleh itu, […]
MAIWP akan terjemah buku Rahmatan Lil Alamin dalam pelbagai bahasa
KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menterjemah buku ‘Rahmatan Lil ‘Alamin Dalam Konteks Masyarakat Kontemporari’ dalam pelbagai bahasa supaya ia dapat difahami dan disampaikan kepada semua lapisan masyarakat di negara ini. Pengerusinya, Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee berkata buku setebal 256 muka surat yang dilancarkan hari ini (18 September) itu, bakal […]
Malaysia kutuk serangan dron di Arab Saudi
KUALA LUMPUR – Malaysia mengecam serangan dron ke atas loji minyak Aramco di Arab Saudi yang dikhuatiri boleh menjejaskan kestabilan dan keselamatan rantau Timur Tengah. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau mengambil maklum mengenai keadaan yang sedang berlaku dan Malaysia akan sentiasa memantau serta mengikuti perkembangan tersebut. “Pertama, kita tidak suka peperangan tetapi apabila […]
Beza keturunan, kulit, agama bukan alasan saling membenci
KUALA LUMPUR – Perbezaan keturunan, warna kulit dan agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membenci, bermusuh dan berbalah sesama manusia. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Mohd Noor berkata, kelainan sebegitu adalah lumrah dan merupakan hikmah serta keagungan Allah SWT. Menurutnya, Allah SWT juga berpesan kepada umat Islam supaya melayani seluruh manusia dengan […]
Lelaki simbah cat di masjid, surau ditahan
JOHOR BAHRU – Polis berjaya menyelesaikan 2 kes menyimbah cat berwarna merah ke atas sebuah masjid pada Januari lalu dan sebuah surau di Taman Daya di sini pada Ahad dengan tertangkapnya seorang lelaki berusia 30-an di sebuah kawasan perumahan di taman tersebut, awal pagi semalam (16 September). Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Shahurinain […]
Libatkan diri dalam pembangunan pendidikan peringkat awal
NARATHIWAT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dicadangkan untuk melibatkan diri dalam pembangunan pendidikan dari peringkat kanak kanak di wilayah Selatan Thailand. Usaha tersebut yang bertujuan untuk membantu sosio ekonomi masyarakat di sana dilihat lebih sesuai dengan kehendak penduduknya yang rata rata mahu kemudahan pendidikan dari peringkat tadika dipertingkatkan. Ia merupakan cadangan yang disampaikan kepada YADIM […]
Dr. Mahathir jamin kerajaan beri subsidi jika harga minyak naik
PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi jaminan kerajaan akan memberi subsidi jika harga minyak naik ekoran serangan terhadap loji minyak Aramco di Arab Saudi pada 14 September. Perdana Menteri berpandapat, serangan itu sduah tentu akan memberi kesan kepada harga minyak seluruh dunia termasuk Malaysia. Walau bagaimanapun di Malaysia, Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan memberi subsidi […]
Perutusan Hari Malaysia 2019 MAWAR – YADIM
Sempena Sambutan Hari Malaysia yang ke 56 pada 16/9/2019 ini Majlis Perundingan Wanita Rahmah MAWAR– YADIM mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat pelbagai kaum dan bangsa yang tinggal di Malaysia. Hari Malaysia kita rayakan bagi memperingati sejarah penubuhan negara Malaysia kita yang tercinta. Negara adalah anugerah daripada Allah SWT kepada sesuatu bangsa dan umat […]
Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah satu kewajipan
SHAH ALAM – Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah bukanlah suatu pilihan sebaliknya ia satu kewajipan sebagaimana yang dianjurkan dalam nas-nas syarak. Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, ia adalah satu-satunya manhaj yang boleh diyakini mengikuti jejak langkah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW. “Sekiranya fahaman bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah dibenarkan untuk […]
Bicara Keluarga Rahmah Kuching
KUCHING – Mengambil tanggungjawab membantu menangani isu isu kekeluargaan dewasa ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak pada 15 September telah menganjurkan program Bicara Keluarga Rahmah yang diadakan di sini. Program di Akademi Percukaian Malaysia di sini, merupakan anjuran bersama YADIM dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Sarawak. Duta Rahmah, Norazizah A.Aziz merupakan penceramah […]