9 anak jadi hafiz

BUKIT PAYONG – AL-QURAN adalah kunci kepada kecerdasan fikiran,” kata Rosmunainah Asmuni, 65, ibu kepada sembilan anak bergelar hafiz. Menurutnya, untuk bergelar hafiz, tidak semestinya seseorang itu perlu dilahirkan sebagai seorang genius, sebaliknya hanya memerlukan keinginan sahaja. “Al-Quran bukan diturunkan kepada orang cerdik atau genius saja, tetapi mukjizat kepada semua, bermakna orang biasa juga boleh […]

YADIM, ISDEV anjur Konvensyen Negara Rahmah Pulau Pinang

SEBERANG JAYA – Bertepatan dengan usaha agar penjelasan mengenai konsep rahmah dan gagasan Rahmatan Lil Alamin dilaksanakan secara konsisten, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang akan menganjurkan Konvensyen Negara Rahmah Peringkat Pulau Pinang. Program itu yang akan diadakan pada 21 September ini bertempat di Safira Resort & Country Club di sini, bakal dirasmikan oleh […]

Konsep Rahmatan lil Alamin perlu diperkukuh dalam kurikulum

GOMBAK – Cara hidup berpandukan al-Quran dan sunnah melalui konsep Rahmatan lil Alamin perlu diperkukuhkan dalam kurikulum institusi pendidikan di negara ini. Rektor Universiti Fatoni, Thailand, Prof Madya Dr Ismail Lutfi Japakiya, berkata ini bagi memastikan gagasan baharu pentadbiran Islam yang diperkenalkan kerajaan Malaysia itu dapat dihayati bermula dari pelajar sekolah rendah hingga ke peringkat […]

Yadim, Perkim santuni pesakit Hospital Besut

BESUT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Besut menyantuni 87 orang pesakit yang dirawat di Hospital Besut di Jerteh di sini petang ini (19 September). YADIM yang diketuai oleh Pengarah Yadim Terengganu, Mahadi Awang manakala Perkim Cawangan Besut diketuai oleh Pengerusinya, Anuar Hassan meluangkan masa kira-kira satu setengah […]

Yapeim santuni 550 penuntut IPT kurang berkemampuan

PERMATANG PAUH – Inisiatif Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) melalui program FoodBank Yapeim 1.0 memberi manfaat kepada 550 penuntut kurang berkemampuan di dua institusi pendidikan di sini. Pemangku Ketua Pengarah Yapeim, Parihah Hasan berkata, bantuan diagihkan berbentuk pek makanan sedia dimakan (RET) itu adalah antara inisiatif baharu pihaknya dalam membantu golongan B40 yang memerlukan. […]

Ziarah rahmah Hospital Tuanku Fauziah

KANGAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis, bersama Hidayah Centre Foundation baru baru ini telah sama sama menyantuni para pesakit di Hospital Tuanku Fauziah di sini. Dalam program pada 17 September lalu itu,  sejumlah 50 orang pesakit telah disantuni menerusi pemberian hamper makanan dan buku. Menyampaikan sumbangan bagi pihak YADIM ialah Pengarah Perlis, Zuhri […]

Gagasan Rahmatan Lil Alamin dibentang bulan depan

KUALA LUMPUR – Gagasan Rahmatan Lil Alamin yang dibentangkan ke kabinet bulan depan bakal menjadi satu dasar baharu kerajaan dalam membawa Malaysia melangkah ke depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kertas kerja gagasan itu dijangka dibentang dalam mesyuarat Kabinet selewat-lewatnya bulan hadapan dan jika diterima akan menjadi satu […]

Pertandingan reka logo Rakan Siswa YADIM

PUTRAJAYA – Berita baik kepada ahli ahli Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY) serta alumninya, anda kini berpeluang menyertai pertandingan mencipta logo baharu RSY yang menawarkan hadiah RM1,000. Pertandingan yang hanya terbuka kepada ahli ahli RSY dan alumni ini adalah percuma dan setiap peserta dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan menggunakan borang rasmi (setiap penyertaan mesti […]

YB Menteri, YADIM santuni masyarakat Orang Asli di Royal Belum

ROYAL BELUM – Seramai 200 orang Asli di empat kawasan perkampungan Orang Asli di sini bakal menerima manfaat menerusi program YADIM Peduli: Ziarah Rahmah yang akan diadakan selama dua hari bermula 21 September. Program ini juga bakal menerima sentuhan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf yang turut turun padang […]

UM tersenarai antara universiti terbaik dunia

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) muncul sebagai universiti terbaik di Malaysia dari segi kebolehpasaran graduan selepas tersenarai dalam kedudukan ranking 141-150 daripada 500 universiti terbaik dunia dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) Employability Ranking 2020, dikeluarkan, hari ini (19 September). Universiti tertua di Malaysia berkenaan melonjak dua kali daripada kedudukan 161-170 ke 141-150 ranking universiti […]