Raikan kepelbagaian di Padang Terap
PADANG TERAP – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 16 September lalu telah mengadakan program Program Santuni Asnaf Mukim Padang Terap Kiri di sini. Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Penghulu Mukim Padang Terap Kiri, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia Kuala Nerang, Pejabat Perpaduan Kuala Nerang dan Pejabat Kesihatan Padang Terap. Ianya dirasmikan oleh […]
Program Khaira dekatkan hubungan pembayar zakat dan asnaf
KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) hari ini memperkenalkan logo dan slogan bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijenamakan sebagai program Khaira bagi mendekatkan hubungan antara pembayar zakat dan golongan asnaf di negara ini. Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata perkataan Khaira yang membawa maksud kebaikan […]
YADIM Zon Timur santuni Orang Kena Pengawasan
KEMAMAN – Usaha dakwah seharusnya dijalankan tanpa tindakan pilih kasih, tetapi dilaksanakan secara menyeluruh agar tiada golongan yang merasa diri mereka dipinggirkan. Atas semangat ini dan sikap bertanggungjawab menyebarkan konsep rahmah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 10 September lalu telah menyantuni sekumpulan asnaf miskin dari kalangan Orang Kena Pengawasan (OKP) di daerah ini. […]
Street Dakwah DMY di Kota Bharu
Kota Bharu – Sebagai merasai sendiri pengalaman berdakwah di lapangan, graduan Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (DMY – YADIM) telah mengadakan aktiviti Street Dakwah di sekitar bandar ini pada 19 hingga 22 September lalu. Seramai tujuh DMY dengan disertai oleh lima orang ahli Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY) telah melaksanakan aktiviti berkenaan […]
Sambutan hangat Konvensyen Negara Rahmah Pulau Pinang
SEBERANG JAYA – Lebih 500 peserta menghadiri Konvensyen Negara Rahmah Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di sini pada 21 September. Ia melebihi jangkaan awal oleh penganjur iaitu kira kira 400 orang. Program bermula jam 7.30 pagi ini merupakan anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), kerajaan negeri Pulau Pinang dan Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan […]
Rahmah perlu diterima semua
SEBERANG JAYA – Sikap rahmah adalah salah satu ciri keperibadian tinggi seseorang individu. Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Yang Berhormat (YB) Dato IR Zakiuddin Abd Rahman berkata, memiliki sifat rahmah juga adalah syarat dan asas untuk menjadi sebuah negara maju. Justeru katanya, sikap rahmah perlu diterima semua tanpa mengira latar belakang pendidikan, politik dan […]
Usahawan tempatan harus rebut peluang juarai sektor halal
ALOR GAJAH – Kedudukan Malaysia sebagai peneraju dan hab industri halal dunia boleh terjejas sekiranya usahawan tempatan tidak bersedia untuk mengorak langkah dalam menjuarai sektor halal di peringkat antarabangsa. Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, berkata adalah suatu kerugian bagi usahawan tempatan jika tidak merebut peluang berkenaan memandangkan negara ini sendiri sudah mempunyai […]
MASkargo lancar perkhidmatan logistik halal
PETALING JAYA – Bahagian kargo Malaysia Airlines Bhd, MAB Kargo Sdn. Bhd. (MASkargo) telah melancarkan perkhidmatan logistik halal selepas ia memperoleh Pensijilan Halal MS2400 daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 1 Mei, 2019. Ini menjadikan MASkargo sebagai syarikat logistik udara yang pertama di dunia mendapat sijil halal. Ketua Pegawai Eksekutif, MASkargo Ibrahim Mohamed Salleh […]
Saifuddin sahkan kenyataan Dr. Mahathir mengenai Zakir Naik
PUTRAJAYA – Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini berkata beliau boleh mengesahkan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Perdana Menteri India Narendra Modi tidak meminta penceramah Dr. Zakir Naik diekstradisi ketika pertemuan mereka di Rusia baru-baru ini. Saifuddin dalam satu kenyataan berkata beliau hadir dalam pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu di […]
Seminar Maqasid Syariah Peringkat Negeri Johor
JOHOR BAHRU – Guru memainkan peranan besar dalam menjelaskan dan memberi kefahaman mengenai konsep rahmah dan gagasan Rahmatan Lil Alamin. Peranan mereka itu bukan saja untuk memberi pengajaran dan penjelasan kepada anak murid, malah juga kepada orang ramai. Menyedari hakikat ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor telah menganjurkan Seminar Maqasid Syariah Peringkat Negeri Johor […]