Yapeim perkenal inisiatif baharu, Dana Inspirasiku
KUALA LUMPUR – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) mengambil inisiatif baharu dengan memperkenalkan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku). Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar berkata, Dana Inspirasiku akan memberi manfaat kepada penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan pelajar sekolah yang memerlukan dalam kalangan keluarga B40. Kata beliau, skim terkini yang diperkenalkan […]
YDP YADIM ziarah Rektor Universiti Fatoni
PATTANI – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz pada 25 September telah menziarahi Rektor Universiti Fatoni, Thailand di kediamannya di sini yang kehilangan isterinya dalam satu kemalangan jalan raya, Ahad lalu. Almarhumah, Fauziyah Bt Mustafa, 58 meninggalkan anak seramai 6 orang anak, iaitu 3 lelaki 3 […]
YADIM-PNMB Terokai Peluang Kerjasama
KUALA LUMPUR – Satu pertemuan telah diadakan di antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersama Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) bagi membincangkan sebarang kerjasama yang boleh dijalinkan antara kedua pihak. Diketuai oleh Pengarah Kanan Sektor Penyelidikan, Penerbitan dan Antarabangsa, Dr Masitah Esa, pertemuan tersebut diadakan di ibu pejabat PNMB di sini pada 25 Oktober. Antara […]
Kursus sembelihan di Kolej Vokasional Sungai Petani 2.
SUNGAI PETANI – Usaha dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dilaksanakan dalam pelbagai bentuk meliputi pelbagai lapisan masyarakat. Ia bukan sahaja dalam bentuk dakwah secara langsung tetapi juga dari aspek pengisian ilmu sebagai panduan hidup. Terbaharu, satu kelas sembelihan telah diadakan kepada para pelajar Kolej Vokasional 2 Sungai Petani di sini pada 11 September, yang […]
Karnival Rahmah 2019 bawa mesej kasih sayang, harmoni
PUTRAJAYA – Kasih sayang dan hidup dalam suasana harmoni di negara ini antara mesej dibawa pada Karnival Rahmah 2019 yang akan diadakan di Dataran Putrajaya di sini bermula 26 hingga 29 September ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, mesej tersebut penting kerana Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk berkasih […]
Selesai krisis Rohingya sekarang, Dr M gesa komuniti antarabangsa
NEW YORK – Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membuat seruan yang tegas kepada komuniti antarabangsa supaya meletakkan krisis Rohingya sebagai keutamaan dengan tujuan bagi menyelesaikannya sekarang. Bercakap dalam penampilan pertama sejak tiba di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Sesi ke-74, beliau berkata adalah jelas kerajaan Myanmar tidak bersedia mengambil sebarang […]
Program Foodbank YaPEIM tumpu keluarga B40, pelajar IPT
KUALA LUMPUR – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah mengeluarkan sumbangan di bawah program Foodbank 1.0 kepada kira-kira 200,000 masyarakat B40 di seluruh negara. Pemangku Ketua Pengarahnya, Parihah Hasan berkata, jumlah itu melibatkan perbelanjaan kira-kira RM80,000 sejak program berkenaan diperkenalkan pada Ogos lalu. Kata beliau, banyak lagi program dilaksanakan YaPEIM menerusi tiga teras utamanya […]
Mesin pengimbas KLIA boleh digunakan
KUALA LUMPUR – Penggunaan alat pengimbas di kaunter pemeriksaan keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh umat Islam tidak menyalahi syariah. Begitu reaksi Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, apabila menggunakan alat mesin pengimbas itu ketika melaluinya sebelum berlepas ke Pulau Pinang pagi ini (24 September). Beliau berkata, kemuyskilan timbul apabila […]
Menteri bersama YADIM rasai pengalaman dakwah Orang Asli Royal Belum
ROYAL BELUM – Berdakwah kepada masyarakat Orang Asli memerlukan bukan saja kesabaran, malah ketahanan diri yang tinggi. Namun mengambil semangat sebagai pendakwah sebenar, pada 21 September lalu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perak dan Bahagian Pembangunan Daie YADIM telah turun padang meredah hutan dan tasik untuk melaksanakan program YADIM Peduli Ziarah Rahmah di empat perkampungan […]
Kerajaan cadang bina pusat aktiviti warga emas di setiap Parlimen
SERDANG – Kerajaan bercadang membina sebuah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di setiap kawasan Parlimen di seluruh negara untuk menggalakkan penuaan aktif dalam kalangan masyarakat Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, sebanyak 88 buah PAWE telah ditubuhkan buat masa […]