TV Al Hijrah terima dua pengiktirafan anugerah The BrandLaureate 2019

KUALA LUMPUR – AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah) menerima dua pengiktirafan anugerah berprestij dalam dunia penjenamaan perniagaan di Majlis The BrandLaureate World Halal BestBrands Awards 2019 di Hotel Majestic di sini semalam (27 September). Dua pengiktirafan terbabit adalah The BrandLaureate World Halal Brand Leadership Awards yang diterima Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) TV AlHijrah, Namanzee Harris […]

Jakim yakin pendakwah bertauliah tak sewenang-wenang kafirkan orang

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Mohamad Nordin Ibrahim yakin murabbi atau pendakwah yang dilantik tidak terpesong dari tugas mereka untuk mendidik masyarakat mengenai ajaran Islam yang sebenar. Pihaknya percaya murabbi termasuk para imam, bilal, guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) serta pendakwah yang mendapat tauliah yang berjumlah kira-kira 50,000 orang […]

Ummatic Festival 2.0 sediakan pelbagai acara menarik

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melalui kolaborasi dengan Masjid Al Fateh, Taman Jati, Ipoh akan mengadakan program Ummatic Festival 2.0 bertempat di perkarangan masjid berkenaan pada 4 – 6 Oktober 2019. Program yang bertemakan `Negara Rahmah Ummah Sejahtera’ itu merupakan satu program dwi tahunan yang permulaanya dianjurkan secara bersama Jawatankuasa Kariah Masjid Muhammad […]

Menangi hadiah cabutan bertuah menarik di gerai YADIM

PUTRAJAYA – Orang ramai yang mengunjungi gerai Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Karnival Rahmah 2019, yang kini sedang berlangsung di Presint 3 di sini, berpeluang memenangi hadiah hadiah cabutan bertuah yang menarik. Antara yang ditawarkan termasuklah periuk nasi elektrik, ketuhar, hamper dan pelbagai lagi. Ianya ditawarkan menerusi cabutan bertuah dan kuiz mudah kepada para […]

Festival Ummatic 2.0 himpun selebriti dakwah

IPOH – Festival Ummatic 2.0 (Ummatic 2.0) yang dijadualkan pada 4 hingga 6 Oktober ini di Masjid Muhammad Al Fateh, Taman Jati di sini bakal menghimpunkan beberapa selebriti dakwah sebagai tarikan untuk orang ramai menghadirinya. Acara berkonsepkan karnival keislaman itu akan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf manakala majlis […]

Islam adalah agama toleransi – TPM

PUTRAJAYA – Islam adalah agama perdamaian dan toleransi seperti mana dijelaskan Allah di dalam al-Quran di samping dibuktikan Rasulullah melalui sejarah serta perjuangan baginda. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, malah perkara awal dilakukan Rasulullah sebaik di Madinah ialah mengadakan perjanjian dengan kaum Yahudi. Katanya, antara intipati perjanjian tersebut ialah […]

Mahkamah Syariah N. Sembilan berjaya selesaikan 4,130 kes

SEREMBAN – Mahkamah Syariah Negeri Sembilan berjaya menyelesaikan sebanyak 4,130 kes atau 59 peratus daripada keseluruhan 7,000 kes yang didaftarkan di mahkamah itu tahun lepas, kata Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan Abas Nordin. Beliau berkata bagaimanapun bagi tempoh Januari hingga 31 Ogos lepas, sebanyak 5,551 kes didaftarkan merangkumi kes cerai, jenayah dan […]

Arab Saudi buka pintu kepada pelancong asing

RIYADH – Arab Saudi akan menawarkan visa pelancong asing buat kali pertama bagi 49 buah negara. Ia merupakan salah satu usaha untuk mempelbagaikan ekonominya, selain daripada sumber minyak yang memacu ekonominya selama ini. Malah, Arab Saudi turut meminta syarikat-syarikat asing untuk melabur dalam sektor pelancong untuk menyumbang 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) […]

Cadangan penubuhan Tabung Dakwah Orang Asli

PUTRAJAYA – Sebuah tabung dana dakwah dicadangkan ditubuhkan bagi membiayai usaha dakwah untuk masyarakat Orang Asli di negara ini. Ia merupakan antara hasil resolusi dalam Persidangan Meja Bulat Dakwah Orang Asli 2019 di sini pada 26 September. Dengan adanya tabung berkenaan nanti, diharapkan program pembangunan modal insan dalam kalangan masyarakat Orang Asli dapat dilaksanakan dengan […]

Mahathir pertahan hak kebebasan bersuara

NEW YORK – Dituduh seorang yang anti-Semitik, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau hanya menggunakan hak kebebasan bersuara apabila memberi komen mengenai kaum Yahudi. “Kenapa saya tidak boleh mengatakan sesuatu tentang Yahudi sedangkan ramai orang yang mengatakan tidak baik mengenai saya, mengenai Malaysia dan saya tidak membantah, tidak melakukan demonstrasi,” katanya. Dr Mahathir […]