PM beri jaminan Malaysia ditadbir tanpa undang-undang zalim
PETALING JAYA – Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi jaminan kepada rakyat bahawa kerajaan akan mentadbir negara ini mengikut peraturan undang-undang dan bukan menurut beliau, yang berlandaskan undang-undang zalim seperti pentadbiran sebelum ini. Perdana Menteri berkata, rakyat akan berasa selamat apabila kerajaan yang memerintah negara ini mengikut peraturan undang-undang. “Undang-undang yang zalim menjadikan rakyat berasa […]
Perbincangan YADIM – Ibn Auf
PUTRAJAYA – Dalam usaha meningkatkan lagi penggunaan platform media sosial dan laman web sebagai wadah menyampaikan dakwah kepada masyarakat, Sektor Penyelidikan, Penerbitan dan Antarabangsa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini giat melaksanakan kolaborasi dengan pelbagai pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan. Terbaru, YADIM telah mengadakan perbincangan dengan Ibn Auf Ventures, iaitu sebuah syarikat perunding […]
Tiada lagi gelaran kafir harbi, zimmi dalam sistem kewarganegaraan
PUTRAJAYA – Gelaran kafir harbi atau kafir zimmi kepada masyarakat bukan Islam khususnya di negara ini tidak wajar digunakan oleh mana-mana pihak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, tindakan mengelar dengan panggilan itu dikhuatiri akan menimbulkan implikasi negatif. “Saya rasa kalau kita mula mengelar-gelar orang dengan istilah itu dia ada […]
Pengambilan Daie Muda YADIM Tahun 2020
PUTRAJAYA – Berita baik kepada semua belia yang berminat dengan usaha dakwah di lapangan. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan melakukan pengambilan Daie Muda YADIM (DMY) untuk sesi Februari – Mei 2020. Peluang keemasan ini terbuka kepada belia berusia 21 hingga 30 tahun, dengan keutamaan akan diberikan untuk mereka yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dan […]
Masjid Al-Azhar
Al-Azhar merupakan masjid (jami) pertama yang telah didirikan di bandar Kaherah. Ianya telah diasaskan oleh Jauhar Saqli untuk dijadikan tempat bermastatutin bagi Kerajaan Fatimiyyah. Jauhar mula mendirikan masjid ini pada hari Sabtu, 24 Jamadilawal 359H, (4 April 970M). Setelah selesai dibina ianya telah dibuka dengan rasminya pada bulan Ramadhan 361H, (Jun 978M). Pada hari pembukaan […]
Kertas dasar Rahmatan Lil Alamin sudah siap
NILAI – Kertas dasar mengenai Rahmatan Lil Alamin sudah siap tetapi belum dibentangkan kepada Kabinet, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof. “Sebelum kertas dasar itu dibentangkan kepada Kabinet, biasanya ia perlu 14 hari untuk kementerian membuat komen. Kita jangka kertas itu akan dibentangkan kepada Kabinet pertengahan bulan ini dan apabila […]
McDonald’s penerima pertama Sijil Pembayar Zakat Korporat PPZ-MAIWP
PUTRAJAYA – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) memperkenalkan Sijil Pembayar Zakat Korporat, kepada syarikat-syarikat yang membayar zakat mereka di Wilayah Persekutuan, untuk dipamerkan di premis masing-masing. Pengendali tempatan rangkaian restoran makanan segera McDonald’s iaitu Gerbang Alaf Restaurants menjadi penerima pertama Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada PPZ-MAIWP itu. Menteri di Jabatan Perdana […]
Dr Afifi ulama Melayu pertama di Oxford, fatwa jadi rujukan dunia
KUALA LUMPUR – Fatwa bahawa Islam tidak membenarkan mana-mana pihak terutama umatnya melakukan kekejaman dan membunuh orang awam yang diiktiraf dan menjadi rujukan banyak negara, menempatkan Datuk Dr Afifi al-Akiti setanding ulama terkemuka dunia. Bagi felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford itu, penulisannya dihasilkan ketika beliau menuntut di Universiti Oxford dalam bidang Teologi, Falsafah dan […]
Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia dijangka ditubuh dalam tempoh 2 tahun
PUTRAJAYA – Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia dijangka ditubuhkan dalam tempoh dua tahun lagi ke arah memperkasakan institusi perundangan syariah di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata jabatan itu dijangka bertanggungjawab untuk mengawal selia semua perkara berkaitan pendakwaan syariah di Malaysia dalam usaha memperkasakannya. Katanya, penubuhan jabatan itu akan […]
Kerjasama program YADIM – Kementerian Pendidikan
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan memberikan reaksi positif berhubung cadangan kerjasama program antara mereka dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Menterinya, Yang Berhormat Dr Maszlee Malik ketika ditemui oleh kepimpinan YADIM di pejabatnya di sini hari ini (1 Oktober) pada jam 2.30 petang, menyambut baik cadangan jalinan kerjasama program antara kementeriannya dengan badan dakwah ini. Antara […]